Salju Sakinah

Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

7.3.09

wasiat




10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

BACALAH!!
RENUNGLAH!!
KEMUDIAN TERUS BERAMAL!!

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah dan janganlah sama sekali saudara membuang masa walau sedikitpun, kerana perkara-perkara yang tidak berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah banyak bertengkar dalam apa perkara jua sekalipun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu, selalunya tenang dan tenteram.

6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh- sungguh dalam sebarang perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar, kerana yang demikian itu adalah suatu rasmi yang sia-sia, malah menyakiti hati orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberikan kebajikan.

9. Berkenal-kenallah dengan setiap saudara muslimin yang saudara temui sekalipun ia tidak meminta untuk berkenalan, kerana asas pergerakan seruan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajiban-kewajiban kita adalah lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu bantulah saudaramu seperti saudara melakukan tugas sendiri, maka ringankanlah perlaksanaannya.

18.2.09

wasiat Imam Hassan al Banna





Wasiat ke-6 al-Banna, jangan banyak bergurau
Fahri Abdullah al-Masri Wed Feb 11, 09 11:57:59 pm MYT
Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara, demikian wasiat Hasan al-Banna.
Selepas mewasiatkan supaya kita tak banyak ketawa, maka asy-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam yang benar-benar ingin berdakwah dan berjihad di jalan Allah agar tidak banyak bergurau dalam pergaulan sehariannya.

Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.

Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
Bersungguh-sungguhSabda Rasulullah s.a.w, 'Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud).
Menurut hadis ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah s.w.t.

Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah s.w.t sukakan Muslim yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. salah satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.

Hal ini disokong oleh sebuah hadis lain; "Sesungguhnya Allah itu cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.."
Barangkali.. sebab itu juga Tuhan benci manusia yang 'mencacatkan' kesempurnaan ciptaanNya. Jika lelaki menukar jenisnya kepada wanita dan wanita pula menukar jenisnya kepada lelaki, maka hal itu termasuk dalam kategori 'mencacatkan' kesempurnaan.

Demikian juga.. kalau kita menukar wajah rupa paras muka bumi yang serba hijau dengan tumbuh-tumbuhan sehingga porak-peranda atas alasan pembangunan, maka berlakulah ketidaksempurnaan dengan kejadian bukit runtuh dan sebagainya.

Betapa berhati-hatinya Tuhan dalam penciptaanNya, dapatlah kita gambarkan menerusi al-Quran sendiri. Kerapkali disebut bahawa Allah s.w.t menyusun, mencipta alam ini dalam tempoh 6 hari, 6 masa atau 6 fasa. Hal yang sama turut diungkap pada awal-awal ungkapan sebagai yang tertera dalam Perjanjian Lama.

Oleh kerana, sikap berhati-hati, tekun dan bersungguh-sungguh ini adalah sifat Tuhan ketika menciptakan alam ini, maka sebab itulah Tuhan menyukai Muslim yang suka bersungguh-sungguh, tekun dalam menunaikan pekerjaannya.

Terzahir sikap kesungguhan Tuhan itu dalam menzahirkan penciptaannya, sehinggakan Dia mempertahan kewujudan makhluk ciptaanNya yang bernama manusia walaupun keputusan mewujudkan khalifah tersebut dipersoalkan oleh para malaikat.

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." [Al-Baqarah: 30]

Maka, sikap bersungguh-sungguh, tekun membuat pekerjaan itu bukan cuma terletak pada sikap suka menyempurnakan kerja kita sehingga selesai. Malah, jika pekerjaan kita yang baik itu disanggah orang, maka kita akan tentu berusaha keras mempertahankannya!

Sikap kesempurnaan tindak tanduk Tuhan inilah yang perlu dicontohi oleh para dai'e, pendakwah dan mubaligh Islam ketika berusaha keras menyebarkan dakwah mereka walaupun ada tekanan penguasa dan pemerintah yang zalim dan kejam.

Pendakwah yang bersungguh-sungguh dan tekun berdakwah pasti tidak akan mengalah, malahan akan terus berjuang walaupun usaha dakwah mereka akan disekat dan dibantah pemerintah!

Tuhan sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya penguasa yang sombong dan zalim.

Tuhan tidak menyukai pendakwah yang mengalah, patah hati, kecewa dan merajuk sehingga meninggalkan usaha dakwah ke atas umatnya. Sebab itulah Tuhan merakam kisah Nabi Yunus a.s ditelan ikan Nun setelah baginda meninggalkan dakwah ke atas kaumnya sebagai suatu pengajaran.

Namun begitu, perihal taubat Nabi Yunus dalam al-Quran turut dirakam agar para pendakwah segera bertaubat jika mereka mengalah terhadap sebarang usaha pemerintah yang menyekat dakwah tersebut.

Oleh itu, pendakwah atau mereka yang beriltizam mewakafkan waktu mereka untuk berjuang memansuhkan ISA, Auku, PPSMI dan lain-lainnya janganlah pernah berhenti daripada berjuang, setelah mereka meyakini bahawa telah berada di landasan yang benar dalam perjuangan ini.

HAMAS lahirkan 15 000 kanak2 tahfiz

Hamas lahirkan 15,000 kanak-kanak tahfiz

Azamin Amin Thu Feb 12, 09 4:48:48 pm MYT
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) -


"Pemimpin kami mendapat tarbiyah daripada Masjid Al-Aqsa dan kami pula mengajar anak-anak Palestin. Musim luruh lalu, kami berjaya lahirkan 15,000 anak-anak Palestin yang hafaz al-Quran."

Demikian antara petikan kata-kata pemimpin Hamas Sami Abu Zuhri yang menceritakan antara kejayaan perjuangan pertubuhan Islam itu selain membebaskan bumi Anbia itu daripada rejim Zionis Israel.

Beliau dengan tegas mengulangi pendirian Hamas yang tidak akan menerima sebarang syarat yang dikenakan oleh Israel bagi melakukan gencatan senjata di Palestin sedangkan sudah berpuluh tahun rejim itu mengganasi penduduk sehingga orang awam yang tidak berdosa terbunuh.

Katanya Hamas cukup dibenci dan digeruni oleh Israel kerana sentiasa berjuang untuk menegakkan dan mempertahankan Islam sebagai cara hidup.

"Agenda Israel adalah menghancurkan umat Islam di sini daripada segala segi seperti pendidikan, ekonomi dan pentadbiran dan paling utama cuba hancurkan agama Islam itu sendiri," katanya berbahasa Arab.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Rayuan Gaza dan pemberian sumbangan dana Tabung Kemanusiaan Harakah yang dianjurkan Harakah di Hotel Putra, Kuala Lumpur tengah hari tadi. Beliau kini dalam lawatan bertemu pemimpin Islam seperti PAS dan NGO Islam yang lain selain memberi ceramah kepada para mahasiswa di Malaysia.

Turut Hadir dalam Majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS Ustaz Ahmad Awang, Pengerusi Harakah, Dato' Mustafa Ali, Pengarah Urusan Harakah Dato' Kamaruddin Jaffar, Ketua Muslimat PAS Ustazah Nuridah Salleh, Ahli Parlimen PAS Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali.

Sementara itu dalam sidang media selepas majlis itu Sami turut mengulas keputusan pilihan raya Israel diantara tiga parti iaitu 'Kadima', 'Likud' dan 'Yisrael Beitena' yang disifatkan akan terus dengan dasar memusnahkan dan bertindak kejam kepada penduduk Palestin.

Dilaporkan pilihan raya Israel menunjukkan, parti Kadima yang dipimpin oleh Tzipi Livni mengungguli parti Likud, parti yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu manakala Beitena menempati posisi ketiga kemudian disusuli dengan Parti Buruh.

"Bertukar wajah tidak memberi apa-apa makna. Semua Israel adalah penjenayah. (Changes faces does not mean anything. All Israel are criminal)," katanya yang diterjemahkan melalui seorang jurubahasa Hamas, Eman Hassan

Beliau sambil itu menyelar kumpulan Fatah yang sedang mengadakan perbincangan dengan Hamas di Kaherah kerana telah memenjarakan ratusan pejuang-pejuang Hamas di penjara Mahmood Abbas di Palestin yang dianggap tindakan Fatah sebagai mengkhianati perjuangan untuk membebaskan bumi Palestin.

"Mereka mesti membebaskan semua pejuang kami yang telah diseksa dan didera di penjara itu. Semalam salah seorang pejuang kami telah terbunuh di penjara itu kerana diseksa," kata Sami kepada para wartawan yang hadir.

Beliau juga mahu dan menggesa seluruh masyarakat antarabangsa termasuk Malaysia mengheret Isreal kemuka pengadilan dan menghentikan serta merta kezaliman yang dilakukan selama puluhan tahun.

Sungguhpun Hamas tidak begitu optimis dengan pentadbiran Presiden Amerika yang baru Barrack Obama namun berharap pemimpin itu dapat menjernihkan suasana konflik yang berlaku sekaligus menukar polisinya terhadap Palestin. "Hamas bersedia untuk mengadakan dialog dengannya," katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Harakah dan rakyat Malaysia, Sami yang merupakan jurucakap rasmi Hamas menyeru supaya rakyat Malaysia tidak 'tersalah' menyumbang derma kepada pihak-pihak atau agensi yang tidak betul kerana khuatir sumbangan itu tidak sampai kepada penduduk Palestin.

Beliau menerima sumbangan Tabung Kemanusiaan Harakah berjumlah RM500,000 manakala daripada pelbagai NGO, individu dan PAS kawasan berjumlah lebih RM400,000.00 yang turut disampaikan dalam majlis yang sama.

"Kami seru supaya serahkan dana kepada agensi yang beramanah dan bertanggungjawab atau anda datang terus ke Gaza, untuk sampaikan sendiri kepada penduduk di sana," katanya yang juga merupakan seorang pensyarah daripada Universiti Islam Palestin.

Beliau sedang menyiapkan tesisnya di Damsyik dalam pengajian sejarah Pejuang Salahuddin Al-Ayubi. Bagaimanapun Universiti tersebut telah musnah akibat serangan jahat Israel baru-baru yang turut mengorbankan lebih 1,3000 penduduk Gaza. - azm _

13.2.09

Didikan agama, sosial, moral diakui penting tetapi perlu diberi secara hikmah.

Ingat........ Jika anda tersilap langkah anda akan menolak jauh anak didik anda.

Paksaan , desakan dan hukuman hanyalah membuatkan remaja menjauhi anda dan lari daripada anda.

petua 2




Hanya dengan sifat SYUKUR dan REDHA yang akan menyempurnakan pasangan kita.

12.2.09

petua

menjaga hubungan baik dengan pasangan, elakkan perilaku negatif dan tabiat agresif lisan terutama MEMBEBEL, MENJERIT dan MENGHINA pasangan. Faktor kemurungan juga boleh jejaskan keintiman...

-kaunselor bebas :)-



kau mawarku...







Ketahuilah saudariku… bahwa ikhlas bukanlah hal yang mudah dilakukan. Ikhlas adalah membersihkan hati dari segala kotoran, sedikit atau pun banyak – sehingga tujuan ibadah adalah murni karena Allah.


Ikhlas hanya akan datang dari seorang muslimah yang mencintai Allah dan menjadikan Allah sebagi satu-satunya sandaran dan harapan. Namun kebanyakan wanita pada zaman sekarang mudah tergoda dengan gemerlap dunia dan mengikuti keinginan nafsunya. Padahal nafsu akan mendorong seorang muslimah untuk lalai berbuat ketaatan dan tenggelam dalam kemaksiatan, yang akhirnya akan menjerumuskan dia pada palung kehancuran di dunia dan jurang neraka kelak di akhirat.

Oleh karena itu, hampir tidak ada ibadah yang dilakukan seorang muslimah bisa benar-benar bersih dari harapan-harapan dunia. Namun ini bukanlah alasan untuk tidak memperhatikan keikhlasan. Ingatlah bahwa Allah sentiasa menyayangi hambaNya, selalu memberikan rahmat kepada hambaNya dan senang jika hambaNya kembali padaNya. Allah senatiasa menolong seorang muslimah yang berusaha mencari keridhoan dan wajahNya.


Tetaplah berusaha dan berlatih untuk menjadi orang yang ikhlas. Salah satu cara untuk ikhlas adalah menghilangkan ketamakan terhadap dunia dan berusaha agar hati selalu terfokus kepada janji Allah, bahwa Allah akan memberikan balasan berupa kenikmatan abadi di surga dan menjauhkan kita dari neraka. Selain itu, berusaha menyembunyikan amalan kebaikan dan ibadah agar tidak menarik perhatianmu untuk dilihat dan didengar orang, sehingga mereka memujimu



Belajarlah dari generasi terdahulu yang berusaha ikhlas agar mendapatkan ridho Allah.Dahulu ada penduduk Madinah yang mendapatkan sedekah misterius, hingga akhirnya sedekah itu berhenti bertepatan dengan sepeninggalnya Ali bin Al Husain. Orang-orang yang yang memandikan beliau tiba-tiba melihat bekas-bekas menghitam di punggung beliau, dan bertanya, “Apa ini?” Sebagian mereka menjawab, “Beliau biasa memanggul karung gandum di waktu malam untuk dibagikan kepada orang-orang fakir di Madinah”. Akhirnya mereka pun tahu siapa yang selama ini suka memberi sedekah kepada mereka. Ketika hidupnya, Ali bin Husain pernah berkata, “Sesungguhnya sedekah yang dilakukan diam-diam dapat memadamkan kemurkaan Allah”.


Janganlah engkau menjadi orang-orang yang meremehkan keikhlasan dan lalai darinya. Kelak pad hari kiamat orang-orang yang lalai akan mendapati kebaikan-kebaikan mereka telah berubah menjadi keburukan. Ibadah mereka tidak diterima Allah, sedang mereka juga mendapat balasan berupa api neraka dosa syirik mereka kepada Allah.



Allah berfirman,“Dan (pada hari kiamat) jelaslah bagi azab mereka dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. Dan jelaslah bagi mereka keburukan dari apa-apa yang telah mereka kerjakan.” (Az Zumar 47-48)



“Katakanlah, Maukah kami kabarkan tentang orang yang paling merugi amalan mereka? Yaitu orang-orang yang telah sia-sia usaha mereka di dunia, sedang mereka menyangka telah mengerjakan sebaik-baiknya.” (Al Kahfi 103-104)



Saudariku muslimah… bersabarlah dalam belajar ikhlas. Palingkan wajahmu dari pujian manusia dan gemerlap dunia. Sesungguhnya dunia ini fana dan akan hancur, maka sia-sia ibadah yang engkau lakukan untuk dunia. Sedangkan akhirat adalah kekal, kenikmatannya juga siksanya. Bersabarlah di dunia yang hanya sebentar, karena engkau tidak akan mampu bersabar dengan siksa api neraka walau hanya sebentar.