Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

12.2.09




Syarifah Nusaybah Syed Abdullah HARTAWAN aneh. Jarang kelihatan dikhalayak ramai. Projek niaganya besar dan luas sekali. Mereka mendirikan Perusahaan Beras Natoena dan membekalkan beras keseluruh Nusantara. Kerja dagang dilebarkan dengan perniagaan kelapa kering, hasil laut dan songket terengganu. Perusahaan beras natoena juga turut ikut terlibat dalam penternakan mutiara di Jepun, pencarigalian gas asli di kalimantan, estet getah dan kelapa sawit yang bertabur diseluruh semenanjung.


5 orang anaknya yg lain turut meneruskan perniagaan dalam pelbagai bidang lapangan. Syed Ali mencurahkan modal membesarkan niaga dengan m embeli 3 buah pelabuhan. Selain memiliki sebuah rangkaian bank, mendominasi perusahaan beras dan membeli lombong-lombongberlian di Afrika selatan, turut mendapat kontrak membekalkan simen di China dan Korea Selatan. Mereka juga turut menguasai beberapa buah syarikat telekomunikasi di Indonesia


Syarifah Nusaybah Syed Abdullah mula membaca puisi tekke karya Yunus Emre dan meminati ajaran Tasawwuf dan kesufian. Apa yang menimpanya banyak dilingkungi misteri. Seusai membeli sebuah kilang senjata di pulau palawan, helikopter yg dinaikinya untuk ke kota kinabalu diletupkan oleh ejen Mossad yg berpangkalan di Singaporedengan tembakan peluru berpandu jarak sederhana . Helikopter itu bersepai diudara…..tetapi Allah masih berkehendakan agar Syarifah Nusaybah MENERUSKAN PERANANNYA.


beliau digelar sebagai The Cyborg Lady dan dilaporkan dibarat Nusaybah wanita berbahaya. Nusaybah sudah mula dilihat sebagai ketua Terrorist. Penderma kepada jihad di Palestin itu diawasi CIA.


Puan Nusaybah tetap dianggap hartawan terbilang. Usaha membina masjid, Pusat Pengajian Oksidental dan mewakafkan banyak tanah untuk mendirikan sekolah Agama Rakyat dan Pusat Hafiz Negara.


Beliau seorang peniaga yang amat Low Profile. Syarikatnya banyak menguruskan hal niaga di Tanah Suci. Pusat Pengajian Oksidental……. Tiada siapa yg tahu, sepuluh tingkat terbenam dibawah aras tempat meletak kenderaan pusat tersebut ialah kilang senjata yg luas serta sibuk dengan pekerja dan saintis Muslim YG PATUH KEPADA AJARAN AL QURAN.


KERJA Hjh Nusaybah mencipta senjata. Dia membeli senjata dipasaran gelap dan membuat klonnya atau memajukan klon itu DENGAN KEKUATAN BERGANDA.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home