Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

31.3.08

Boikot Belanda

PAS bantah keras filem anti Islam Belanda - Presiden
HarakahDaily.Net
Wan Nordin Wan YaacobSun
Mar 30, 08 8:49:13 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan bantahan sekeras-kerasnya terhadap sebuah filem Belanda terbitan Geert Wilders bertajuk ‘Fitna’ yang jelas memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.

Filem tersebut turut menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang ganas, ujarnya dalam satu kenyataan yang disampaikan melalui Setiausaha Akhbarnya, Roslan Shahir Mohd Shahir semalam.

Presiden PAS merasakan filem yang tidak bertanggungjawab ini akan mencetuskan ketegangan antara masyarakat Islam dan bukan Islam dunia dan dengan itu mengesyorkan agar ianya tidak ditayangkan lagi.

Presiden PAS turut menyeru Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), negara-negera Islam dan NGO serta badan dan petubuhan Islam lainnya mengenakan tekanan ke atas Belanda agar bertindak terhadap penerbit filem ini dan meyakinkan dunia Islam bahawa tindakan biadap seumpama ini tidak berulang lagi.

Tambahnya, PAS menghormati kebebasan berkarya, namun ia perlu ada had dan batasan, dan dalam hal filem Belanda ini ia ternyata tidak menghormati sensitiviti agama Islam dan penganutnya yang kini merupakan hampir separuh penduduk dunia./wann

Ayuh kita boikot semua barangan Belanda. Pengajaran untuk mereka... jangan sekali-kali berani menjolok sarang tebuan. Mereka langsung tak amik iktibar dari apa yg berlaku keatas Denmark dalam isu karikatur nabi Muhammad SAW yg kita sangat cintai.

Khaibar...khaibar ya yahuuuud.!!!.
Jaisyu Muhammad saufa ya'uuud.!!!

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home