Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

22.3.08

Pencari Syahid



Ketua Parlimen Palestin Hafal Al-Quran di Penjara.

Rabu, 19/03/08 - Pusat Kajian "Ahrar" untuk Tahanan Palestin memaklumkan bahawa Dr. Aziz Dweik, Ketua Parlimen Palestin yang ditahan oleh pihak Zionis Israel telah menghafal Al-Quran secara tuntas dan jayanya.
Beliau melakukan tasmi? (mendengarkan hafalan Al-Qur'an dihadapan seorang syeikh) secara sempurna dan bertajwid.Dalam surat yang diterima oleh Ir. Wasfi Qobha, bekas Menteri Urusan Tahanan dan Menteri Sekretariat Negara sewaktu kerajaan campuran Palestin, pusat kajian tersebut menyebutkan bahawa Dr. Aziz Dweik, walaupun dalam keadaan sakit dan perlu mengikuti persidangan tahanan di penjara militan Zionis Israel.
Namun beliau mampu mengatur waktunya dengan baik, mulai dari menghafal Al-Quran, membaca buku, bersukan, memberikan ceramah dan berkhutbah serta menyampaikan seminar politik. "Tak ada istilah kosong dalam waktu beliau di penjara," demikian sebahagian daripada kandungan surat tersebut.
Note: sumber : COMESpenterjemah : osman
Subhanallah....betapa ruh jihad mengalir deras disetiap denyut nadinya. Tiba-tiba ana teringat dengan lirik nasyid 'Sunnah Berjuang'. Sam-sama kita hayati :-
Berjuang menempah susah,
Menanggung derita menungkah fitnah,
Itulah gelombang hidup samudera duka,
Seorang mujahid memburu syahid…..

Dibuang dia berkelana,
Dipenjara dia uzlah ,
dibunuh syahid,
Namun jiwa tetap mara menuju cita,
Membara demi Allah dan RasulNya,

Berjuang tak pernah senang,
Ombak derita tiada henti,
Tenang.. tegang.. silih berganti,
Inilah sunnah…..
Orang berjuang……….(2x)

Malamnya bagai rahib merintih sayu,
Dihiris dosa air mata,
Siangnya bagaikan singa dirimba,
Memerah keringat, menurah tenaga,(2x)

Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu di bayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih,

Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara 2 pasti terjadi,
Tunggulah SYAHID…atau MENANG!!!!(2x

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home