Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

19.5.08

Taqwakah Aku??

Aku ingin menjadi hambaNya yang bertaqwa..
Sayyidina Umar apbl ditanya tntg pengertian taqwa...
"Ibarat saya berjalan diatas jalan yg dipenuhi duri...
saya akan berjalan dgn sangat berhati-hati"

Setiap manusia itu sama..
yang membezakan mereka disisi tuhan
adalah nilaian Taqwa

Takut akan siksaan Allah..
Takut seandainya mati datang ketika aku bermaksiat padaNya
Takut dengan ancaman2 siksa kubur..
Takut dengan gegak gempitanya di Padang Mahsyar..
Takut dengan huru-haranya neraka Jahannam..

Lantas..
aku Taqwa dalam setiap perkara..
Aku bertaubat dari dosa-dosaku yg lampau..
Aku menyegerakan solat fardhuku
Aku menahan diri dari perkara yang mengikut nafsu
Aku menjaga lidahku
Aku pelihara amalanku
Aku tak jemu mencari Ilmu merungkai kejahilanku
Keranaku tahu kejahilan itu menghampiri kekufuran

Ku kan ingat pesan kekasih Allah
bahawa...Pokok kehidupan itu ialah iman..
Tiangnya ialah Solat..
kemuncaknya ialah Jihad..
Dan kunci kepada semua ini ialah...
Peliharalah ini..( baginda seraya memegang lidah baginda)

Adakah aku sudah bertaqwa?..
Tuhan...kuatkan Imanku saat aku diuji...
Diuji Taqwaku padaMu..
Dengan RahmatMu aku merayu....

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home