Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

31.3.08

sakinah

Firman Allah taala dalam surah thaha:44

"maka berbicaralah kamu bedua(nabi Musa dan nabi Harun)kepadanya (firaun)dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia sedar atau takut".


Sejarah dunia, sekiranya dilihat daripada konteks dakwah Islamiyyah, pertembungan ini tidak lebih kepada pengulangan daripada apa yang telah berlaku sebelumnya. Lembaran sejarah tidak pernah mendustakan kita terhadap realiti ini. Yang pasti, sejarah mencatatkan bahawa bermula selepas zaman nabi Adam a.s sehingga saat akhir zaman, pertembungan antara kebatilan dan kebenaran tidak akan ada perdamaian. Bermula dengan penguasaan kebatilan kemudiannya, tertegak pula panji kebenaran di atasnya,dan keadaan ini akan berterusan sehingga akhir zaman.

Sejarah dunia juga membuktikan, jalan kebatilan adalah sama, sering berulang kurun demi kurun, keangkuhan dan keengkaran kepada kuasa dan perintah Allah s.w.t sebagaimana engkar dan angkuhnya guru kebatilan (iblis) dengan sedikit kelebihan yang dimiliki untuk patuh kepada arahan Allah s.w.t (sujud kepada nabi Adam a.s). model ini sering menjadi ikiutan pendokong kebatilan dari semasa ke semasa. Angkuh dengan sekelumit kekuasaan yang dimiliki, bongkak dengan kemahiran dan ilmu yang dikuasai dan sombong dengan material yang diperolehi.

Golongan penegak kebenaran pula, seringkali lahir daripada golongan yang tidak memiliki kekuasaan dan kekayaan material, sebaliknya mereka bangkit berjuang dengan bersenjatakan keimanan dan ketabahan aqidah. Yang pasti, golongan ini sering berjaya meruntuhkan tamadun kebatilan dan menghgantikannya dengan tamadun ketakwaaan.Perjuangan memerlukan pengorbanan dalam semua aspek samada harta-benda, jiwa, masa dan sebagainya sehingga kepada terpisah dengan keluarga semata-mata kerana perjuangan di jalan Allah.

Di samping itu juga, sikap sabar perlu ada dalam mengharungi pelbagai tribulasi terhadap dakwah. Buat diriku yang sering lupa dan alpa, buat adinda mujahidah,juga buat seluruh barisan tentera agama Allah yang ana kasihi fillah: Tugas dakwah adalah suatu tugas yang berat dan susah. Bukan semua orang yang dapat menjalankan tugas ini dengan baik dan cemerlang. Dengan kata lain tugas ini hanyalah dapat dipikul oleh mereka yang benar-benar mempunyai sifat-sifat keikhlasan, pengorbanan yang tinggi dan sebagainya daripada ciri-ciri yang melayakkan kearah itu.namun itu semua semua bukanlah alasan untuk kita futur dari dari tugas ini.

.Justeru itu, janganlah sekali-kali jadikan dugaan dan cabaran sebagai pelemah semangat dalam perjuangan. Lihatlah contoh daripada perjalanan Rasulullah s.a.w untuk dijadikan suri tauladan yang baik iaitu mengenai sikap baginda apabila orang-orang musyrikin melakukan penyeksaan terhadap baginda. Mereka menuduh baginda seorang pendusta, pembohong, tukang sihir, gila dan murtad dari agama nenek moyang, bahkan baginda telah disiksa dan dipulau oleh masyarakat semata-mata kerana dakwah untuk menyalakan cahaya keimanan ke dalam masyarakat arab jahiliyyah ketika itu.

Walaupun berbagai usaha yang telah dilakukan terhadap baginda, namun segala tekanan tersebut tidak sedikit pun memalingkan wajah baginda untuk terus berjuang dan berdakwah di jalan Allah.

Sebaliknya baginda berdoa kepada Allah supaya mereka diberikan taufik dan hidayah.

maksudnya: “ Wahai tuhanku ! Berikanlah hidayah kepada kaumku, kerana sesungguhnya mereka itu tidak mengetahui “.

Imam As Syahid Hassan Al-Banna pernah berwasiat :كونوا مع الناس كالشجر يرمونه بالحجر ويرميهم بالثمر

Maksudnya : “ Jadikan kamu dengan manusia seperti sepohon pokok buah-buahan, mereka melontarkan batu kepadanya, tetapi sebaliknya pokok itu melontarkan buah-buahan kepada manusia “

moga Allah tetapkan hati kita untuk thabat dalam menuntut ilmu dan berdakwah semata-mata kerana Allah.. Moga kita semua dipilih menjadi ulama' akhirat dan beroleh syahid..

"WAHDATUL FIKR,WAHDATUL A'MAL"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home