Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

5.6.08

Aduuuhhh


Malam tadi stesen minyak penuh dengan kenderaan2 nak mengisi tangki minyak masing2...sakit hati dengan tindakan kurang bijak kerajaan menaikkan harga minyak sampai 78 sen. Gile ape...pasni apa lah reason dia nak bagi kat rakyat. Pak Lah dan konco2nya relax tak terkesan ape2 coz selama bergerak kehulu dan ke hilir dengan kenderaan milik kerajaan. Mane keluar duit nak p bayar minyak kereta tu. Patutla tak dapat menjiwai kesengsaraan rakyat..
Plsss la. Patut la susah bebeno nak berundur!!

Teringat mase ana 1st or 2nd year dulu2...nak cerite takdak duit sampai tahap makan maggi tu kene kerat 2. Separuh makn untuk siang..separuh lagi makan untuk malam... pegi stesen minyak...takde duit tapi pegi je sbb meter dah sampai E...check dalam bag ..korek2 adalah dalam singgit (duit syiling...seposen..dua posen). Itulah yang ana gune nak isi minyak motor. Mat bangla yang jaga counter duk sengih2 kata ana. Ana fikir dalam hati ..."ko ingat aku sesaje bayar ngan duit syiling ke?"

Tu dulu masa minya naik 3 posen....sekarang???? 70sen maaa.....

Kalau jumpa dengan ahli UMNO kat cawangan-cawangan khususnya di kawasan kampung, tentu mereka akan di'tarbiyah'kan agar menjawab seperti berikut :-

i. Kalau tak mampu pakai kereta, pakai motor ajelah

ii. Kalau tak mampu pakai motor, naik basikal ajelah

iii. Dulu isi motor aku RM 5, sekarang pun RM 5 jugak, masih boleh jalan lagi.

iv. Harga minyak di Malaysia masih jauh lagi murah daripada negara-negara jiran.

Macam-macam lagi jawapan yang diberi oleh mereka ini tetapi itulah yang mereka dapat daripada pemimpin mereka. Kesian kita lihat masa pilihanraya umum yang lalu makcik-makcik tua dibawa kehulu ke hilir dengan dijanjikan habuan duit setiap hari berkempen untuk memenangkan BN.

Kadang-kandang rasa geram jugak tapi apa nak buat, golongan ini sering dijadikan mangsa oleh pemimpin mereka. Sudah tentu, selepas kenaikan terbaru ini, makcik-makcik ini akan sekali lagi dipergunakan oleh pemimpin UMNO untuk menjadi 'jurubicara rakyat' mempertahankan keputusan kerajaan yang 'kurang bijak' ini (macam pernah dibuat dicampus, bagi menjelaskan isu kenaikan harga minyak....siap buat roadshow kat kolej2 tu) .

Kita perlu pastikan bahawa ahli keluarga kita, saudara-mara kita, jiran tetangga kita tidak dipergunakan lagi oleh pemimpin UMNO/BN yang sudah 'kurang bijak' ini. Nasihat baik-baik agar mereka tidak turun berkempen untuk menyokong keputusan kerajaan BN ini. Bukan apa, takut-takut mereka pula akan jadi mangsa kemarahan rakyat. Jika ada kekuatan, nasihat agar saudara-mara dan jiran tetangga kita ini berkempen pula menyedarkan rakyat tentang kesilapan kerajaan UMNO/BN dalam membuat keputusan.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home