Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

3.6.08

September 16


gambar sekadar hiasan =)


Selalu orang akan bercerita tentang September 11. Ape lagi kalau bukan kisah tragis runtuhnya bangunan kebanggaan warga American WTC...juga kisah hitam bermulanya serang saraf terhadap ISLAM yg di label dgn pelbagai gelaran. Peristiwa yang tak mungkin diterima aqal manusia normal...bahkan budak tadika pun boleh buat spekulasi tepat...takkan kapal terbang dua buah boleh mencairkan logam keluli struktur asas bangunan... sampai boleh roboh sampai jadi debu...pelik betul. Tapi itulah fakta yg telah diterima dunia... hanya sekarang(tahun lepas x silap) sains fizik berjaya menjelaskan segala2nya. Peristiwa dahsyat Yahudi laknatullah yang cukup terancang...tapi dunia terus membisu menuding jari kapada ISLAM yg dianggap terorist sedangkan ISLAM itu datang sebagai RAHMATALLiL 'ALAMIN.

Ape pula cerite September 16?
peristiwa berdarah yang menyayat hati pembantaian seramai beribu-ribu orang pelarian Palestin di Kem Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan. Peristiwa hitam ini tetap tinggal dalam sejarah umat Islam Palestin sebagai satu lagi daripada berpuluh-puluh tragedi yang menimpa mereka setelah berlakunya Nakba 1948, apabila tanah air mereka dijajahi oleh pendatang-pendatang asing dari Eropah yang menghalau mereka keluar merempat ke tempat orang.

Peristiwa yang bermula dengan pengepungan kem tersebut oleh tentera Zionis di bawah pimpinan Ariel Sharon pada tengah hari Rabu 15 September 1982 tersebut akan tetap tinggal sebagai contoh kebinatangan manusia yang tidak berhati perut hingga ke akhir zaman.
Setelah semua pintu keluar disekat, kereta kebal tentera Yahudi mula membedil perkhemahan tersebut, sambil diawasi daripada bangunan-bangunan tinggi di sekeliling perkhemahan yang diduduki mereka, termasuk Kedutaan Kuwait, untuk dijadikan pos-pos pemerhatian. Sementara itu Sharon bertemu dengan pihak militia Kristian Falangist, di bawah Elie Hobeika, untuk mempelawa mereka masuk ke dalam perkhemahan pelarian Palestin dan “membersihkan” apa yang mereka sebut sebagai sarang pengganas.

Seterusnya bermula petang 16 September gerombolan pertama daripada sejumlah 1,500 orang militia Falangis, yang termasuk juga anggota-anggota Tentera Bebas Lubnan pimpinan Saad Haddad, masuk ke dalam kawasan perkhemahan dengan menaiki jip-jip yang dibekalkan oleh tentera Yahudi dan bersenjatakan senapang, pisau dan parang. Mereka lalu menjalankan “tugas” membunuh dan menyembelih pelarian Palestin di sana, malah merogol wanita-wanita juga, sambil tentera Zionis berkawal di luar sepanjang sempadan perkhemahan agar tiada siapa yang lepas lari keluar. Di sebelah malam tentera Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas perkhemahan bagi meneranginya - dikatakan sehingga terang benderang bagaikan padang bola, agar pihak militia Kristian di dalam dapat terus menjalankan pembantaiannya.
Pembunuhan beramai-ramai yang kejam tersebut berjalan terus-menerus selama lebih daripada dua hari, tanpa mempedulikan sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak, dan tanpa ada pembelaan atau pertahanan daripada sebarang pihakpun. Setelah tiba pagi sabtu 18 September barulah pengganas-pengganas Falangis meninggalkan perkhemahan, menghela mereka yang masih hidup keluar bersama untuk dibawa ke stadium pula untuk diinterogasi. Apabila kumpulan pemberita yang pertama dapat masuk ke dalam kawasan perkhemahan, mereka dapati jasad-jasad bertaburan di seluruh kawasan, banyak daripadanya telah dikerat-kerat. Hanya setelah itulah baru berita pertama mengenai pembantaian ini sampai ke pengetahuan masyarakat dunia.

Wartawan Amnon Kapeliouk, yang beliau sendiri juga seorang Yahudi, daripada akhbar Perancis Le Monde Diplomatique menganggarkan sejumlah 3,000-3,500 orang pelarian Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan disembelih dalam tempoh dua hari tersebut dengan penuh kejamnya. Ini mengambilkira sebanyak 2,000 mayat yang diselenggarakan selepas pembantaian, daripada sumber-sumber rasmi dan Palang Merah, dan seramai dianggarkan 1,000 hingga 1,500 lagi yang dibereskan sendiri oleh pihak pengganas Falangis. Selama begitu lama dunia tidak melihat suatu pembunuhan beramai-ramai pihak yang tidak bersalah yang bukan kombatan sebegitu, yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri, dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sehingga hari ini tidak seorangpun yang bertanggungjawab ke atas pembantaian kejam ini telah dibawa ke pengadilan, jauh sekali daripada dihukum setimpalnya. Ariel Sharon malah kemudiannya naik menjadi Perdana Menteri entiti Zionis pula. Komander Falangis, Elie Hobeika, juga terlepas daripada hukuman dunia malah kemudiannya menjadi Menteri Kabinet Lubnan pula dalam tahun1990an. Walau bagaimanapun ia mati lantaran bom kereta pada Januari 2002.

......................................................................................................................................................
16 September 1984
Seorang Mujahid muda yg memburu syahid...Mujahid yang lahir selepas penghijrahan. Pengislahan ruh dan jasad mencari Cinta Ilahi. Semoga mujahid ini terus semangat dalam kembara perjuangannya yang pasti perjalanannya tidak menjanjikan hamparan permaidani baldu merah.

Berjuang memang menempah susah. Menanggung derita menongkah fitnah..Itulah gelombang hidup seorang mujahid memburu syahid. Kerana mujahid ini sedar dan tahu dunia bukan tempat untuk dia beristrirehat...tapi dunia adalah medan untuk dia berjihad. Memasang angan dan cita pada Robul Jalil untuk mendapat kerehatan di barzakh nanti dan di taman syurga nanti..

Terkadang mujahid ini keliru..merasakan mata hatinya masih mencari...destinasi Cinta yang sebenarnya terlalu hampir...hanya mungkin kabut kerana dosa lalu yang menghijab hatinya. Namun mujahid ini tiada sebab untuk berputus asa kerana dia yakin dengan janji Tuhan.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan ALLAH, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan....Tuhan menggembirakan mereka dengan memberikan RAHMAT, KEREDHAAN dan SYURGA, mereka memperoleh kesenangan yang kekal didalamnya.." At-Taubah : 20 & 21

Ada ketikanya mujahid ini merasa lelah dalam perjalanannya. Dia tertanya2 apakah yang sebenarnya yang dia cari dalam hidup ini. Hakikatnya wahai mujahid, hati itu merayu dan merintih agar kembalikan ia kepada fitrah asal kejadiannya, kembalikan ia kepada yang menciptakannya, tidak lain dan tidak bukan...ALLAH Azza wajalla. Kembali pada ALLAH adalah jawapan kepada semua persoalan hidupmu. Dan sebenarnya itulah objektif utama kita diciptakan...mengabdikan diri padaNYA dalam segenap aspek kehidupan.
"Tidak AKU ciptakan JIN dan MANUSIA itu melainkan untuk beribadah.."
Apa sahaja yang berlaku diseputar hidupmu adalah wasilah untuk meraih RedhaNYA.
Syaitan laknatullah menghasut agar tinggalkan saja kembara yang bukan mudah ini..lantas dia segera menyebut2 firman ALLAH tempat pergantungannya..

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal Allah belum Mengetahui orang-orang yang berjihad diantara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain ALLAH, RASUL-NYA dan ORANG-ORANG yg BERIMAN. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." At Taubah:16

Lantas dia terus bersabar dan berjihad menghadapi setiap ujian ALLAH. Tidak ada sekelumit pun rasa gentar dihatinya kerana dia benar2 hadam dgn firman ALLAH,

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid ALLAH hanyalah orang-orang yang BERIMAN kpd ALLAH dan hari kemudian, serta melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kpd apa pun) kecuali kepada ALLAH. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk." At Taubah : 18

Dia terus termotivasi bila membaca ayat2 tasyji' dari Al Quran

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berJIHADlah dengan HARTA dan JIWAmu di jalan ALLAH. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." At Taubah : 41

Berjuang memang pahit..kerana syurga itu manis..

Teruskan berjuang wahai Mujahid muda. Bersama kita menyahut tawaran lumayan dari Allah
"Wahai org2 yg beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?...(iaitu) kamu BERIMAN kpd ALLAH dan RASUL-NYA serta kamu BERJUANG membela dan menegakkan agama ALLAH dengan HARTA dan DIRI kamu. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, memasukkan kamu kedalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam SYURGA 'Adn'. Itulah kemenangan yang besar."
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." As Soff : 10 - 13
Semoga kita akan bertemu nanti...andai tidak di dunia..di syurga nanti. InsayaALLAH

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home