Salju Sakinah

Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

23.7.08

Tangani EMOSI anak2



Kanak-kanak yang dididik dengan kesabaran, toleransi lebih bijak berfikir dan mengawal diri.

KANAK-KANAK dilahirkan suci, tetapi ibu bapa yang bertanggungjawab mewarnai tingkah laku dan sikap mereka. Oleh itu, kanak-kanak akan mencontohi perlakuan, tutur bicara ibu bapa sama ada baik atau buruk, lebih-lebih lagi jika ia kerap dilihat dan didengar.

Katanya, ibu bapa perlu sentiasa ingat, mereka adalah individu paling dominan dan menjadi pendidik dan contoh paling baik dan berkesan untuk anak-anak. “Justeru perbuatan, gaya percakapan, sikap dan tindak-tanduk mereka diperhatikan anak-anak. Sebelum berlaku proses sosialisasi atau hubungan anak-anak dengan masyarakat dan persekitaran seperti sekolah, rakan sebaya dan jiran tetangga, mereka menganggap ibu bapa adalah segalanya. “Mereka akan mencontohi tutur bicara, kelakuan, interaksi dan cara melahirkan perasaan kepada orang yang paling hampir dengan mereka dan dalam kebanyakan situasi, seperti dilakukan ibu dan bapa masing-masing,” katanya.


Anak-anak yang dibesarkan dengan kasih sayang, belaian, pujian dan penghargaan, menghargai orang lain, menyanjung persahabatan dan pandai menyayangi. Daripada aspek psikologi dan sosiologi, anak yang dibesarkan dengan kesabaran dan toleransi akan pandai menghormati orang lain, mengawal diri dan berfikir sebelum bertindak manakala anak yang membesar dalam suasana tegang termasuk diherdik, cemuhan dan celaan akan menjadi remaja atau orang dewasa pemarah, panas baran, pandai menghina, menyimpan dendam dan bermusuh. Sehubungan itu, ibu bapa perlu beringat bahawa perilaku dan perkataan yang keluar daripada bibir masing-masing sama ada dalam suasana baik atau ketika marah akan diikuti anak. Sejak kecil mereka belajar mengaitkan sebarang perlakuan, misalnya bagaimana cara menyambut tetamu yang datang ke rumah dan cara berjalan di hadapan mereka. Begitu juga dalam keadaan marah, mereka mungkin mengaitkan perilaku dan perkataan yang mesti disebutkan.


Bagi sesetengah ibu bapa, apabila ada sesuatu perkara yang menyebabkan mereka marah, mungkin mereka akan berhenti bercakap, mengawal diri, menarik nafas panjang, mengucap atau beristighfar (jika Islam) untuk mengawal kemarahan. Ibu bapa lain pula mungkin menengking, memaki, menghamburkan perkataan buruk atau mengambil rotan dan kayu untuk memukul. Ini semua akan menjadi contoh terutama kepada anak yang masih belum dapat menilai sama ada perlakuan dan tingkah laku itu baik atau tidak. “Sebagai ibu bapa, perlu sentiasa berusaha menjadi contoh kepada anak dan kita mesti terlebih dulu membaiki akhlak supaya anak sentiasa diperlihatkan dengan pekerti mulia. Insya-Allah mereka akan terdorong mencontohi ibu bapa berakhlak mulia.

“Oleh itu, cubalah baiki cara berkomunikasi, kemahiran mendengar, pengawalan emosi, pemilihan perkataan lebih positif dan jadilah orang yang pemaaf. Selain itu, berhati-hati dalam pemilihan makanan dan adab pergaulan, serta berusahalah memenuhi tuntutan agama, sama ada dalam ibadat mahupun amalan gaya hidup supaya seluruh ahli keluarga memperoleh ketenangan dan keberkatan daripada Tuhan,” katanya..

Beliau berkata, ibu bapa tidak salah jika mahu memarahi namun pendekatannya perlu sesuai. Misalnya, jika anak masih kecil, pendekatan yang lemah lembut dan lebih berhemah lebih sesuai diamalkan. Larangan terhadap anak tidak perlu disuarakan dengan jeritan, sebaliknya gunakanlah nada suara yang biasa tetapi jelas dan tegas. Ibu bapa juga perlu tahu bahawa kemarahan bukanlah perlu dilahirkan dengan kekerasan dan kebencian, tetapi biarlah dengan cara yang berhikmah disertai dengan niat mendidik dan mendisiplin. Bantulah anak membina personaliti diri yang sihat, kawalan emosi kuat dan mempunyai nilai insaniah hebat. Selain itu, ibu bapa perlu mendapatkan bantuan atau kemahiran tambahan dalam menangani dan mengurus emosi kemarahan anak. Justeru sentiasa berusaha meningkatkan ilmu keibubapaan melalui bahan bacaan atau mengikuti bengkel berkaitan

Dimanakah anak kita?

Masa ana tengah tengok2 blog ni, kat TV rancangan 360...tajuk isu malam ni...dimanakah anak kita. Sedih la tengok masa depan anak2 melayu ni. mula sekali TV tunjuk gejala merokok dikalangan remaja sekolah..then go to isu yg lebih berat...anak gadis plak jadikan melacur sebagai pekerjaan sambilan...clubbing...minum arak...macm2 lagi yang sangat menyedihkan. Menyedihkan. Apa usaha kita nak bantu anak2 muda ni. Mereka seolah2 xda jati diri. Langsung tak fikir tentang masa depan mereka. yang tahu hanya keseronokan yang bersifat sementara tu. Memburu kebebasan dan wang ringgit.

Nak meletakkan kesalahan 100% kat depa pun tak boleh kalau dah membesar dalam keadaan terbiar tanpa didikan dan kasih sayang dari mak ayah...Ditambah lagi dengan wujudnya tempat2 menternak maksiat yang diberi permit sah oleh kerajaan alam jin mana pun tak tahu lah.

Nak tengok masa depan negara..tengok lah anak muda pada hari ni. Penyelesaian masalah ni xda lain...melainkan kembali kepada ISLAM dan menjadikannya sebagai sistem hidup kita... Mak ayah perlu mantapkan aqidah anak2 ni sejak kecil lagi...supaya bila dah besar mak ayah tak perlu risau melepaskan mereka utk kehidupan masa depannya.... latih disiplin mereka dengan solat 5 waktu... jadikan Al Quran sebagai hiburan hati mereka. ....didik mereka dgn tanggungjawab2....latih mereka supaya suka memberi dan membantu...lagi dan lagi dan lagi....

The most important mak ayah kene tunjukkan contoh terbaik untuk ikutan mereka scra life. Speak with your action...not with your wordsssss!!

Ya Allah...indahnya hidup dalam sistem ISLAM....

16.7.08

Anjung Wahdah


Assalamualaikum..
Alhamdulillah selesai sudah perjuangan di UM. Sebaik sahaja selesai praktikl kat makmal UM pada 27 Jun... ana terus siap2 berkemas untuk balik N9. 2 Julai nak lapor diri dah kat Ma'had Tahfiz Sa'diyah.
Sedih rasanya nak berpisah dengan sahabat2 seperjuangan dibawah teratak bahagia Anjung Wahdah. Kenangan manis ketika bersama kalian takkan ana lupakan..InsyaAllah. Terlalu banyak yg ana pelajari tika kita bersama susah dan senang.
Terima kasih Tuhan atas ni'mat ukhuwwah yang teramat bernilai ini. Ya ALLAH ikatlah hati-hati kami dengan ikatan kasih sayang keranaMu. Runtuh dan robohkan lah segala tembok yang menghalang silaturrahim kami. Amin....