Salju Sakinah

Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

31.5.08

Panduan memilih pasangan..

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu di beri perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu di syarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K' diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu "Kenal", "Kelas", "Kufu", "Kasih" dan akhir sekali "Kahwin".

1.KENAL ******** Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah di suruh dan di cari orang yang boleh di percayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi."Apakah kamu kenal lelaki ini?" tanya Omar "Ya, saya kenal," jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi... "Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?" Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi "Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan kawannya"

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu di buat utk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya. . Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat sahabat yang akrab dengannya... . Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat di buat dalam apa juga perkara.

2.KELAS ********* Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan ugamanya. Kelas yang di maksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa 'alert', sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat 'MEMBINA' untuk menjaga akhlak dalam Islam.

3.KUFU ******** Kufu amat di beratkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu di seimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya.

Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan AIsyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh di selaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.

4.KASIH ********Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang di tekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis......"Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan"

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah memberitahu:"Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu"

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat
" Orang orang yang benar benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki"
Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang di pupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga, .

Hadis Nabi ada menyatakan"Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunanya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya."

Keberkatan memang di titik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita di pasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi.Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.

5.REDHA *********Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya
"Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka"

"Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya"
Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur:ayat 26 "Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik"
Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri di anggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh di terima.

Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami.Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat di wujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ....Begitu juga sebaliknya masalah berlaku
Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti "AKU UBAHLAH PERANGAINYA" . Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.

Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga....
"Seorang sahabat , Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan. Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.

Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk.. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.

Maka turunlah Surah Al Baqarah:
"Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik..."

Terimalah seadanya

sOmeTiMeS tHe bESt WaY To HoLd,
OntO sOmEtHiNG Is To LEt iT GO

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ........
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..
Apabila sekali ia retak....
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula....
Akhirnya ia dibuang....
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya....

Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA
boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.
Kamu akan MENYESAL...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...
MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...
Kamu juga yang akan MENYESAL....

30.5.08

peristiwa 2

Assalamualaikum..


Masih lagi kisah ana di Klinik Ginekologi (Pusat Perubatan Uni Malaya)....selesai kisah ci comel pinky ...ana perhatikan pula lagak seorang kanak2 India yang sibuk ke hulu ke hilir dengan buku cerita dan penselnya....dia kelihatan terlalu sibuk dan ralit mencatat nombr-nmbor di setiap papan nombor yang terdapat di ruang menunggu itu.

Selesai mencatat, budak perempuan India ni kembali pada ayahnya yang duduk termenung keboringan ....namun masih mampu melayan kerenah anaknya tadi..mendengar si anak melaporkan no. yang dicatit.

ting!!!...setiap kali no. bertukar...dia akan berlari, mengepit bukunya sambil berjalan dengan cepat dan menggeleng2kan kepala ( lagaknya seolah2 seorang doktor yang terlalu bz melayan kerenah pesakit yang ramai )...

Aduhai kanak2...macam2 ragam kalian. Benarlah ..sungguh kalian ibarat kain putih yang bersih. Ibubapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya.

setelah kembali pd ayahnya....melihat ayah yang pucat x larat tu...dgn rasa kasih dan syg dia memeluk erat tengkuk ayahnya.....



Cerita seterusnya seorang kanak2 cina...dari keluarga yg berada mungkin. Bersama dgn si ayah....mcm biasalah. Anak akan jadi mangsa disuruh untuk tengokkan no. di mesin paparan yang agak terlindung tu....dia pergi. beberapa ketika kembali semula sambil menyanyikan nombor yg dilihatnya tadi mengikut irama Twinkle..twinkle..little star....

Ayah cina tu semacam dapat agak no itu tidak benar (mungkin sbb x logik sangat kot...biasalah budak2 x pandai menipu)....lalu ayah cina ni tersenyum lalu ....." are u sure??...honey!!".... Kanak2 tu pun ketawa keriangan helahnya terbongkar..."hik...hik...hik..(sambil menepuk manja bahu ayahnya dan....no lah...just kidding...now is no..bla...bla..bla.."

Tibe2 ana tertanya...kenapa ye?? Apa stigma yang membelenggu pemikiran orang Melayu??..Aku melayu...Alamak risau!!!

Ah...tak perlu risau kerana aku Melayu yang Muslim. Ikut je acuan ISLAM yg sempurna tu. InsyaALLAH...

25.5.08

Seharian ku di Klinik Ginekologi

Assalamualaikum....


Hari ni ana seharian di Klinik Ginekologi (PPUM). Seawal 8 pagi ana dah keluar dari teratak A&W terus ke PPUM. Cadangnye nak renew tarikh appoiment yang sepatutnya semalam (Ahad)...tapi malangnye klinik tutup...maybe doctor bz sangat kot. Sampai hari Ahad pun suh ana datang :)...masalahnye doctor takde...klinik pulak berkunci rapat....ana fikir, sah2 si doctor ni salah letak tarikh...ape boleh buat, dia pun manusia jugak...she is not an angel.


So, bila datang hari ni terus la depa buat apa yg patut...sebab kesilapan tarikh tu dari pihak depa, jadi ana tak salah...jenuh jugak menunggu giliran. dari pukul 8 menunggu ....jam 12 baru ana dipanggil. So, sepanjang 4 jam berlalu ana isi dengan membaca....memerhati sekeliling warna-warna kehidupan.


Sungguh menginsafkan melihat pelbagai gelagat manusia yang muda...yang tua...yang sakit...yang sihat...yang sibuk kehulu ke hilir dengan pelbagai urusan. Betapa manusia itu terkadang dia terlalu sibuk atau kadang-kadang dia disebukkan. Semoga Allah tidak menyibukkan kita dengan urusan dunia sehingga kita lupa urusan akhirat. Na'uzubillahi min dzalik...



Di depan tempat duduk ana ada satu keluarga. Sepasang suami isteri (melayu) dan 3 org anak kecil...yg paling tua anak itu mungkin dalam linkungan 5 tahun...Comel sangat budaknye bila mengenakan baju sedondon bewarna pink.. anak kecil pinky:)

Tiba2 si kakak ni disurh ayahnya pergi melihat no giliran di mesin paparan no. yang agak terlindung di sebalik tiang besar. Tanpa berlengah kanak2 ni terus pegi dengan wajah yang ceria..gembira kerana ayahnya memberi kepercayaan kpd dia mungkin....

si comel membaca buat pertama kali...berlari...dan terus berbisik pada si ayah.....tapi ana lihat seolah2 timbul ketidakpuasan hati pada si ibu...lalu mak budak ni bangun dan menarik tangan si comel ke mesin paparan no tu tadi.

Didapati no yang dibaca oleh kanak2 comel tu ternyata salah dan sebenarnya dia gagal untuk membacanya....Tiba2 hati ana seolah2 direntap apbl melihat tindakan si ibu.


Tindakan drastik si ibu menolak @ menunjal kepala kanak-kanak comel tu dan mengetuknya dengan envelope besar yang ada pada tangan . Air muka kanak-kanak yang tadinya ceria, serta-merta bertukar...seolah2 malu, sedih, sebak dan macam-macam lagi perasaan yang merobek hati.

Dia lalu duduk mengasingkan diri dan tunduk membisu....Aduh...tak sampai hati ana melihatnya. X tergamak nak melihat wajah innocent kanak2 comel tu tunduk kesedihan.

Betapa si ibu telah melepaskan saat2 yg sangat beharga mendidik si anak dengan penuh kasih sayang....saat beharga menyemai benih sayang antara ibu dan anak...juga saat beharga membentuk jiwa, minda dan emosi si anak.

Lantas ku terfikir....apakah agaknya yang akan aku lakukan andai aku berada di tempat ibu itu... Hanya Allah tempat aku bergantung. ALLAH Al Hadi...ALLAH Ar Rashid. Semoga Allah memimpin dan membimbing ku dgn Hidayah dan petunjukNYA tatkala aku menjadi ibu suatu hari nanti...

Ku sedar anak2 ini ada harga dan maruah diri. Mereka juga punyai perasaan. Jgn sekali perlakukan anak2 ini sewenang2nya sebagai tempat melepaskan geram dan amarah..

Anak2 ini adalah AMANAH ALLAH untuk diuruskan mengikut acuan Robbani...

Beberapa ketika si ibu cuba memujukanak comel itu. Sungguh budak itu ibarat kain putih yang suci bersih...tanpa ada sedikit pun rasa dendam bersarang di hatinya, dia kembali ke pangkuan ibu..melayan cakap2 ibu dengan sekadar senyuman manisnya...

Namun ku lihat, dia tidak sceria tadi...cerianya dia saat ingin belajar membaca no di mesin paparan. Ku pasti ada suatu tembok yg terbina dalam minda bawah sedar kanak2 ini... mungkin akan dibawa hingga dia dewasa nanti.... Hanya Allah penyelamat dia...

Semoga kanak-kanak ini menjadi muslimah yang solehah suatu hari nanti.

Sila baca peristiwa 2.....

21.5.08

Faisal Tehrani



Assalamualaikum...

Alhamdulillah setakat ni dah beberapa buah buku Faisal Tehrani (FT) selesai dibaca. Antaranya Kombat 1511, Advencer Si Peniup Ney, Manikam Kalbu, Detekti Indigo, Tuhan Manusia, Kekasih Sang......(x ingat)...dan yang lain-lain tu in progress.

Sesetengah orang kata novel FT ni berat, banyak fakta, macam teks khutbah, boring, tak santai dan macam-macam lagi komen....Tapi bagi ana, kita bukan kene hafal fakta-fakta yang FT bentangkan tu. Dia tak suruh hafal pun....yang kita dok pening kepala sorang2.




Tapi lebih dari itu, kita harus mengambil yang tersirat dari senaskah novel ditangan tu....kita boleh lihat dan nilai bentuk-bentuk pemikiran iaitu cara berfikir yang sangat islamic, samada dari FT sendiri ataupun dari watak-watak yang dibawa dalam novel tu.


Kita boleh ambil inspirasi darinya kerana FT sendiri dan watak yang diketengahkan memiliki pola pemikiran yang seharusnya ada pada anak-anak muda Islam untuk mengembalikan keizzahan ISLAM...


Congratulation FT!!!!

**Harap2 satu hari nanti ada insan seperti Jeneral Nusaybah yang akan sponsor FT buat filem Detektif Indigo bersiri ala-ala macam filem Herry Porter tu....InsyaALLAH.

Takbir!!!








19.5.08

Taqwakah Aku??

Aku ingin menjadi hambaNya yang bertaqwa..
Sayyidina Umar apbl ditanya tntg pengertian taqwa...
"Ibarat saya berjalan diatas jalan yg dipenuhi duri...
saya akan berjalan dgn sangat berhati-hati"

Setiap manusia itu sama..
yang membezakan mereka disisi tuhan
adalah nilaian Taqwa

Takut akan siksaan Allah..
Takut seandainya mati datang ketika aku bermaksiat padaNya
Takut dengan ancaman2 siksa kubur..
Takut dengan gegak gempitanya di Padang Mahsyar..
Takut dengan huru-haranya neraka Jahannam..

Lantas..
aku Taqwa dalam setiap perkara..
Aku bertaubat dari dosa-dosaku yg lampau..
Aku menyegerakan solat fardhuku
Aku menahan diri dari perkara yang mengikut nafsu
Aku menjaga lidahku
Aku pelihara amalanku
Aku tak jemu mencari Ilmu merungkai kejahilanku
Keranaku tahu kejahilan itu menghampiri kekufuran

Ku kan ingat pesan kekasih Allah
bahawa...Pokok kehidupan itu ialah iman..
Tiangnya ialah Solat..
kemuncaknya ialah Jihad..
Dan kunci kepada semua ini ialah...
Peliharalah ini..( baginda seraya memegang lidah baginda)

Adakah aku sudah bertaqwa?..
Tuhan...kuatkan Imanku saat aku diuji...
Diuji Taqwaku padaMu..
Dengan RahmatMu aku merayu....

Subuh Terakhir

Bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang
pada insan yang setia berkongsi susah dan senang
Luahkan isi hati, andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

Bila berdekatan kadangnya makin kita leka
Bila bejauhan barulah merindu didada
Selagi berkesempatan ucapkan terima kasih
Andai esok takkan hadir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Bilakah kali yang terakhir kau kucupi pipi
Ayah bonda yang tak mungkin kau terbalas budi
Tunjukkanlah syukurmu bertuahnya kau dilahir

Tika terkasar bahasa mungkin ada yang terasa
Tapi tak kedengaran rintihan kerna sayangkan dirimu
Namun di hati mampukah dilupakan
Rayulah kemaafan
Jangan sebelum nyawa dipulangkan

Lihatlah saja isterimu berkorban separuh nyawa
Demi menjamin kebahagian anak dan suami tercinta
Buktikan padanya pilihan jodohmu tepat
Sebelum semua terlewat

Lafazkan rasa cinta...
andainya sudah ditakdir
Tadi subuh yang terakhir

18.5.08

Doaku...

Ya Allah...Seandainya telah Engkau catatkan
dia akan mejadi teman menapaki hidupku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan diantara kami
Agar kemesraan itu abadi
Dan ya Allah... ya Tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ke tepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan......
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Ambillah kebahagiaan ketika dia ada disisiku

Dan peliharalah aku dari kekecewaan
Serta ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa berbahagia walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya....

Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Karena Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu ini

Ya Allah...
Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini-

Jangan Engkau biarkan aku sendirian
Di duni mahupun di akhirat

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup
Ke jalan yang Engkau ridhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh

Amin... Ya Rabbal 'Alamin

17.5.08

Cara menaikkan kadar IMAN




1. Pelajarilah berbagai ilmu agama Islam yang bersumber pada Al-Qur’an dan Hadits.


Perbanyaklah membaca Al-Qur’an dan renungkan maknanya . Ayat-ayat Al-Qur’an memiliki target yang luas dan spesifik sesuai kebutuhan masing-masing orang yang sedang mencari atau memuliakan Tuhannya. Sebahagian ayat Al-Qur’an mampu menggetarkan kulit seseorang yang sedang mencari kemuliaan Allah, dilain pihak Al-Qur’an mampu membuat menangis seorang pendosa, atau membuat tenang seorang pencari ketenangan.


“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai pikiran.” (QS, Shaad 38:29)


”Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang lalim selain kerugian.” (QS, al-Israa’ 17:82)


2. Pelajarilah ilmu mengenai Asma’ul Husna, Sifat-sifat Yang Maha Agung.


Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Mendengar, Maha Melihat dan Maha Mengetahui, maka ia akan menahan lidahnya, anggota tubuhnya dan gerakan hatinya dari apapun yang tidak disukai Allah.


Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Indah, Maha Agung dan Maha Perkasa, maka semakin besarlah keinginannya untuk bertemu Allah di hari akhirat sehingga iapun secara cermat memenuhi berbagai persyaratan yang diminta Allah untuk bisa bertemu dengan-Nya (yaitu dengan memperbanyak amal ibadah).


Bila seseorang memahami sifat Allah yang Maha Santun, Maha Halus dan Maha Penyabar, maka iapun merasa malu ketika ia marah, dan hidupnya merasa tenang karena tahu bahwa ia dijaga oleh Tuhannya secara lembut dan sabar.


3. Pelajari dengan cermat sejarah (Sirah) kehidupan Rasulullah SAW.


Dengan memahami perilaku, keagungan dan perjuangan Rasulullah, akan menumbuhkan rasa cinta kita terhadapnya, kemudian berkembang menjadi keinginan untuk mencontoh semua perilaku baginda dan mematuhi pesan-pesan baginda selaku utusan Allah.


Seorang sahabat r.a. mendatangi Rasulullah saw dan bertanya, “Wahai Rasul Allah, bilakah tibanya hari akhirat?”. Rasulullah saw balik bertanya : “Apakah yang telah engkau persiapkan untuk menghadapi hari akhirat?”. Si sahabat menjawab , “Wahai Rasulullah, aku telah sholat, puasa dan bersedekah selama ini, tetapi rasanya semua itu belum cukup. Namun didalam hati, aku sangat mencintai dirimu, ya Rasulullah”. Rasulullah saw menjawab, “Insya Allah, di akhirat kelak engkau akan bersama orang yang engkau cintai”. (HR Muslim)


Inilah hadits yang sangat disukai para sahabat Rasulullah SAW. Jelaslah bahwa mencintai Rasulullah adalah salah satu jalan menuju surga, dan membaca riwayat hidupnya (siroh) adalah cara terpenting untuk lebih mudah memahami dan mencintai Rasulullah SAW.


4. Mempelajari perenungan terhadap syariat Islam, hukum-hukumnya, akhlak yang diajarkannya, perintah dan larangannya, akan menimbulkan kekaguman terhadap kesempurnaan ajaran agama Islam ini.


Tidak ada agama lain yang memiliki aturan dan etika yang sedemikian rincinya seperti Islam, dimana untuk makan dan ke tandas pun ada adabnya, untuk aspek hukum dan ekonomi ada aturannya, bahkan untuk berhubungan suami -istripun ada aturannya.


5. Mempelajari Kehidupan Orang-orang Sholeh (generasi Shalafus Sholihin, para sahabat Rasulullah SAW, murid-murid para sahabat, tabi’ dan tabi’in) Mereka adalah generasi-generasi terbaik dari Islam.


Mereka adalah orang-orang yang kadar keimanannya diibaratkan sebesar gunung Uhud sementara manusia zaman kini diibaratkan kadar keimananya tak lebih dari sebutir debu dari gunung Uhud. Umar r.a. pernah memuntahkan makanan yang sudah masuk ke perutnya ketika tahu bahwa makanan yang diberikan padanya kurang halal sumbernya.


Sejarah lain menceritakan tentang lumrahnya seorang tabi’in meng-khatamkan Qur’an dalam satu kali sholatnya. Atau cerita tentang seorang sholeh yang lebih dari 40 tahun hidupnya berturut-turut tidak pernah sholat wajib sendiri kecuali berjamaah di mesjid.


Atau seorang sholeh yang menangis karena lupa mengucap doa ketika masuk mesjid. Inilah cerita-cerita teladan yang mampu menggetarkan hati seorang yang sedang meningkatkan keimanannnya.


6. Renungkanlah tanda-tanda kebesaran Allah yang ada di alam (ma’rifatullah) Singkirkan dulu kesombongan akal kita, renungkan secara tulus bagaimana alam ini diciptakan.


Sungguh pasti ada kekuatan luar biasa yang mampu menciptakan alam yang sempurna ini, sebuah struktur dan sistem kehidupan yang rapi, mulai dari tata surya, galaksi hingga struktur pohon dan sel-sel atom.


Renungkan pula rahsia dan mukjizat Qur’an. Salah satu keajaiban Al Qur’an adalah struktur matematis Al Qur’an. Walau wahyu Allah diturunkan bertahap namun ketika seluruh wahyu lengkap maka ditemukan bahwa kata tunggal “hari” disebut sebanyak 365 kali, sebanyak jumlah hari pada satu tahun syamsiyyah (masehi). Kata jamak hari disebut sebanyak 30 kali, sama dengan jumlah hari dalam satu bulan. Sedang kata Syahrun (bulan) dalam Al Quran disebut sebanyak 12 kali sama dengan jumlah bulan dalam satu tahun. Kata Saa’ah (jam) disebutkan sebanyak 24 kali sama dengan jumlah jam sehari semalam. Dan semua kata-kata itu tersebar di 114 surat dan 6666 ayat dan ratusan ribu kata yang tersusun indah. Dan masih banyak lagi keajaiban dan mukjizat Al Quran dari sisi pandang lainnya yang membuktikan bahwa itu bukan karya.


Masih banyak pula mukjizat lainnya di alam ini yang membuktikan bahwa alam ini memiliki struktur yang sangat sempurna dan tidak mungkin tercipta dengan sendirinya. Adalah lumrah, bahwa sesuatu yang tidak mungkin diciptakan manusia, pastilah diciptakan sesuatu yang Maha Kuasa, Maha Besar. Inilah yang menambah kecilnya diri kita dan menambah kekaguman dan cinta serta iman kita kepada Sang Pencipta alam semesta ini.


7. Berusaha keras melakukan amal perbuatan yang baik secara ikhlas. Amal perbuatan perlu digerakkan. Dimulai dari hati, kemudian terungkap melalui lidah kita dan kemudian anggota tubuh kita. Selain ikhlas, diperlukan juga usaha dan keseriusan untuk melakukan amalan-amalan ini.


· Amalan Hati Dilakukan melalui pembersihan hati kita dari sifat-sifat buruk, selalu menjaga kesucian hati. Ciptakan sifat-sifat sabar dan tawakal, penuh takut (khauf) dan harap (raja’) akan Allah. Jauhi sifat tamak, kikir, prasangka buruk dan sebagainya.


· Amalan Lidah Perbanyak membaca Al-Qur’an, zikir, bertasbih, tahlil, takbir, istighfar, mengirim salam dan sholawat kepada Rasulullah dan mengajak orang lain kepada kebaikan, melarang kemungkaran.


. Amalan Anggota Tubuh Dilakukan melalui kepatuhan dalam sholat, pengorbanan untuk bersedekah, perjuangan untuk berhijrah hingga disiplin untuk sholat berjamaah di masjid (khususnya bagi lelaki).

Solat SUBUH ialah CAHAYA




Beritakanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid di waktu gelap (di pagi hari), dengan cahaya yang sempurna di akhirat kelak.h (HR Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)


Cahaya merupakan simbol dari pencerahan spiritual. Ilmu adalah cahaya. Iman adalah cahaya. Bekas-bekas basuhan air wudhu di wajah adalah cahaya. Alquran adalah cahaya. Setiap amal saleh yang kita lakukan hakikatnya adalah cahaya. Hakikatnya, cahaya spiritual akan membimbing serta menerangi kehidupan manusia, tidak hanya di dunia saja tapi juga sampai ke akhirat kelak.


Di sana, cahaya terang akan memancar dari wajah setiap hamba-hamba beriman yang senantiasa tunduk dan patuh kepada-Nya. Cahaya inilah yang akan membezakannya dari orang-orang kafir nan ingkar.


Allah SWT berfirman,

Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak (QS Al Hadiid [57]: 12).


Pertanyaannya, apa kaitan shalat Subuh dengan cahaya? Di awal telah diungkapkan bahwa semua amal saleh hakikatnya adalah cahaya. Karena shalat Subuh adalah sebentuk amal saleh yang sangat bernilai, otomatis ia pun termasuk cahaya. Cahaya seperti apa?

Dalam sebuah hadis dari Buraidah Al Aslami, Rasulullah SAW mengungkapkan, Beritakanlah kabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid di waktu gelap (di pagi hari), dengan cahaya yang sempurna di akhirat kelak. (HR Abu Dawud, At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).


Sungguh mengagumkan hadis ini. Al Mubarakfuri memberi komentar, "Bahwa tubuh mereka akan diselimuti, dengan cahaya dari berbagai arah, saat mereka mengalami kesulitan berjalan di atas titian shirath kelak. Simaklah kata-kata kunci di dalamnya, kegelapan yang diikuti cahaya yang sempurna. Kegelapan yang diikuti cahaya terang, bukan cahaya remang-remang, namun cahaya yang kualitas terangnya begitu sempurna. Bagaimana terang benderangnya cahaya yang berada di tengah kegelapan? Semakin pekat kegelapan, semakin benderang pula cahaya yang melingkupinya.


Pantas jika Rasulullah SAW mengungkapkan janji ini. Bukankah waktu Subuh, waktu sepertiga malam terakhir, waktu menjalang terbitnya fajar, adalah waktu yang paling gelap dari keseluruhan malam? Saat itu adalah saat terjadinya pertukaran antara malam dan siang. Bulan dan bintang sudah memasuki peraduannya sedangkan matahari belum muncul ke permukaan.


Saat itu adalah saat-saat di mana cahaya yang menerangi bumi mencapai intensitinya yang terendah, hingga Bumi mencapai kegelapan yang sempurna.


Dengan kasih sayang-Nya, Allah SWT memerintahkan kita untuk menunaikan shalat Subuh berjamaah. Dalam kegelapan yang sempurna, Rasulullah SAW mengajak kita berjalan ke masjid memenuhi panggilan Ilahi yang terungkap lewat kumandang adzan. Ketika saat itu berlangsung, dalam setiap langkah kaki, Allah SWT akan menggugurkan satu dosa serta mengangkat kita satu derajat (HR Bukhari Muslim).


Ketika itu pula, Allah SWT menaburkan cahaya-cahaya terang yang akan menerangi jiwa orang-orang yang memenuhi panggilannya. Tahukah Anda bahwa peristiwa itu terjadi setiap hari, di pagi hari.


Karena tu, Rasulullah SAW mengajari kita sebuah doa, saat kita berjalan ke masjid di waktu malam dan pagi hari,


" Ya Allah, jadikanlah di dalam hatiku cahaya. Di dalam ucapanku cahaya. Jadikanlah pada pendengaranku cahaya. Jadikanlah pada penglihatanku cahaya. Jadikanlah dari belakangku cahaya dan dari depanku cahaya. Jadikanlah dari atasku cahaya, dari bawahku cahaya. Ya Allah berikanlah kepadaku cahaya dan jadikanlah aku cahaya” (HR Muslim dan Abu Dawud).

Sepertiga malam terakhir hingga terbitnya fajar, adalah momen-momen yang sangat dahsyat. Seiring hadirnya cahaya-cahaya penerang jiwa, Allah SWT pun menaburkan aneka keberkatan di dalamnya. Betapa tidak, saat itulah para malaikat (yang juga makhluk cahaya) memberi laporan harian kepada Tuhannya, perihal amal-amal yang dilakukan manusia. Malaikat siang dan malaikat malam datang dan pergi kepada kalian pada waktu malam. Mereka berkumpul di waktu shalat Subuh dan shalat Ashar. Kemudian malaikat yang hadir bersama kalian naik ke langit, dan Allah Azza wa Jalla bertanya kepada mereka (walau Allah Maha Mengetahui segalanya), ‘Bagaimana kalian tinggalkan hamba-hamba-Ku?’. Mereka menjawab, ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan shalat, dan kami pun mendatangi mereka ketika dalam keadaan shalat’. (HR Bukhari Muslim).


Siapa pun mampu meraih keberkahan ini, maka di akhirat kelak ganjaran istimewa sudah siap menunggunya. Apakah itu? Perjumpaan dengan Allah, Dzat Yang Maha tinggi. Masuk surga itu adalah nikmat yang teramat besar. Namun, kenikmatan surga tiada artinya jika dibandingkan dengan menatap wajah Allah secara langsung. Itulah puncak dari segala puncak kenikmatan dan kebahagiaan.


Rasul sendiri yang menjanjikan hal ini. Dari Jair bin Abdillah, diriwayatkan bahwa ia menceritakan, Ketika kami tengah berada di sisi Nabi SAW, beliau memandang ke arah bulan purnama, lalu bersabda, ‘Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini untuk melihat-Nya. Jika kalian sanggup untuk tidak meninggalkan shalat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya, maka lakukanlah’. Kemudian beliau membaca ayat ini: dan bertasbihlah memuji Rabb-mu sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelamnya (QS Thaahaa [20]: 30). (HR Bukhari).



Alasan dikhususkannya shalat Subuh dan Ashar, boleh jadi karena pada kedua waktu itu seseorang nyaman beristirahat. Waktu Subuh meneruskan istirahat malam, sedangkan Ashar adalah waktu beristirahat seusai melakukan berbagai kesibukan pekerjaan. Selain itu, siapa pun yang istiqamah menjaga kedua shalat ini, biasanya mampu pula menjaga shalat fardu pada waktu-waktu lainnya.

anak murid ku



Assalamualaikum...

tak dapat ana gambarkan gembiranya hati ni bila melihat perubahan pada anak murid ana yg sorang ni. Adam malik namanya. selalu panggil adam je.


Malam kelmarin, mcm biasa ana datang untuk mengajar Iqra', jawi dan ape2 yg rasa perlu nak didik depa ni. Anak2 ni dibesarkan dalam keluarga yg berada. Alhamdulillah xda masalah dari sudut material.. tapi ada sedikit kekurangan di sudut yg lain.


masuk je ana dalam rumah besar ni, ana disambut oleh orang gajinya dari Indon (parent depa sll x balik lagi time ana mengajar)...Enis...Ya Alloh...Adam, enis....betul2 terbuka hatinya na solat...kalu x dikejut subuhnya...menangis dia. Alhamdulillah....betul2 na jadi anak soleh Adam ni ya enis....


Alhamdulillah...mmm, Sungguh Allah Al Hadi, Allah Ar Rashid...Dia berkuasa dan berhak mutlak memberi petunjuk dan hidayah kepada mana2 hambaNya yg dipilih.


Teringat dulu...masa mula2 datang ngajar...punye la susah nak suruh ngaji...siap menyorok dalam toilet tu...x nak ngaji...siap cakap kat ustazah...how dare u come here...Adam2.. mummy pujuk x nak bawak swimming, baru la kamu keluar dari toilet tu..


Ustazah ingat lagi, tengah duk ajar kamu ngaji...tibe2...ustazaaaaaahhhh, i want to take a rest plssss... 1 page only tonight ok....


Lama2 ustazah nampak kesungguhan kamu nak maju ke depan. kamu mula bagi ustazah soalan pelik2. Pelik bukan sebab x betul...tapi sebab sakit kepala ustazah nak jawab soalan mengikut lavel pemikiran kamu Adam...


Ustazah...Who is ALLAH?...Where is ALLAH?....Why we can't see ALLAH?....Is he a man?... If we can't see ALLAH, why we pray to him on that way(arah qiblat)?...Why ALLAH create us?...Why we have to read Al Quran?....Why Al Quran not in our language?...Who is Muhammad?...


Banyak lagi soalan yg mencabar minda. Ustazah sikit pun tak marah Adam. Tapi ustazah terharu, sbb kanak2 seperti Adam terfikir soalan2 yg sepatutnya ditanya oleh org2 yg mmpu berfikir secara matang. Adam kanak2 yg masih suci hatinya. Ustazah tahu, kamu akan tanya apa sahaja yg terlintas di hati dan fikiran kamu...Ustazah cube jelaskan semudah yg mungkin, analogi2 yg mudah...selebihnya ustazah tawakal pd ALLAH agar apa yg ustazah nak sampaikan dapat terjangkau dek aqal kamu....bertambah sukar, ustazah perlu jelaskan dalam bahasa Inggeris, bahasa harian kamu...


Tapi ALLAH sangat sayangkan kamu. Kamu kanak2 bijak yg cepat menangkap. ....emmm, let me think...emmm ok, i get it!!! itu yg selalu kamu ulang2. Adam2..


Masa 1st time kamu praktcl solat...kamu ketawa2 sampai keluar air mata bila ustazah minta kamu sujud....kamu kata ...like a bunny!!like a bunny...Adam2.


Sekarang Allah pilih kamu untuk bawak perubahan dalam keluarga kamu mungkin...dan itu doa ustazah....Semoga kamu bakal menjadi mujahid muda yang berjuang untuk menyebarkan Risalah Islam...Ustazah yakin, dan terus berdoa....bertambah keyakinan ustazah bila ustazah mengajr kakak kamu...kamu datang dan berbisik...ustazah, i want to excuse about 5 minutes to solat Isya'....ohh...sure Adam...

Latihan industri





assalamualaikum...

rindunye nak menulis dalam blog yang x ramai pengunjung ni...syok sendiri..heh. Takpe, ana menulis sekadar untuk kepuasan diri..bak kata saifulislam...menulis bukan untuk memberi tahu , sekadar utk mencetus mahu, mendorong kepada mampu...cenggitu la lebih kurang.

well...sebaik sahaja ana tamat final exam untuk final sem ni..sempat rehatkan otak dalam 4 hari, terus bermulalah latihan industri. Hari pertama n hari kedua dok sibuk prepare makmal sendiri...siapkan sume kelengkapan, bersih2kan apa yg patut. Masuk hari ketiga start le eksperimen pertama.


Kami kene hibrid Drasophila Melanogaster. nak kene kaji sistem perwarisan dia. Balik je umah, kengkawan sibuk menanya duk kaji ape LI ...kami pun jawab la....kami kene ternak Drasophila Melanogaster... Fuh...mantapnya korang... pastu kami terus senyap dan terus masuk bilik.




nak gelak pun ada, kengkawan ana ni duk kagum sangat...tau dok Drasophila tu ape? Itu nama saintifik lalat buah daaaa..kene ternak lalat, nak wat cane tu la keje kat makmal.

Bila mak ana tipon...kaklang wat ape praktikel?....ternak lalat mak....eee kato nak ternak lintah???....mak2..cepat na risau ati eh....ternak lintah tu one day nanti. La ni duk ternak lalat comel, lalat buah je.


Uniknya ciptaan Allah...bagi yang x berfikir , mrk xkan nampak kehebatan Dia dalam penciptaan lalat ni...tapi bagi hambaNya yg menggunakan aqal akan nampak kehebatan dan keagungan Dia dalm semua perkara. Dari sekecil2 perkara sampai la sebesar2 perkara.


Macam lalat ni la, kitar hidup dia sangat complex. perubahan fizikal dia hanya beberapa jam sblm sampai ke peringkat matang....sape yang control sume ni...??? kalu bukan ALLAH yang Maha Agung...


Subhanallah..wa bihamdihi..'adada kholqihi...wa ridho nafsihi...wazinata Arsyihi... wa midadakalimatihi