Salju Sakinah

Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

5.6.08

Minyak naik: Hapuskan tol dan cukai jalan

writed by Ustaz Idris Ahmad

Hairan bin ajaib, Malaysia negara pengeluar minyak tetapi minyak mahal dan harganya naik lagi. Sepatutnya apabila harga minyak dunia mahal, sudah tentu pendapatan negara juga bertambah.

Tetapi kerajaan umum mengenai subsidi sampai RM45 billion. Jangan umumkan subsidi sahaja, kena umum juga jumlah pendapatan negara dengan kenaikan harga minyak dunia.

Di Brunei, harga minyak seliter hanya RM1.20 berbanding dengan Malaysia RM2.73. Jangan banding harga minyak kita dengan Singapura dan Thailand kerana mereka bukan negara pengeluar minyak. Jangan banding antara epal dengan oren.

Kerajaan kena memikirkan bahawa rakyat jelata hari ini makin tertekan. Tidak habis dengan isu kenaikan harga beras yang dulu berharga RM9.00 untuk 5 kilo kini meningkat sampai RM17.00. Inilah negaraku sekarang di bawah pemerintahan BN.

Sekarang rakyat Malaysia bermimpi ngeri pula apabila mendengar pengumuman kenaikan harga minyak petrol (80 sen) dan diesel (RM1). Cuba bayangkan apa yang akan terjadi dengan kenaikan harga barang kepada rakyat. Pak Menteri tidak kisah kerana mereka dapat elaun RM56 ribu sebulan. Minyak tol semua rakyat tanggung. Apa yang terjadi kepada rakyat bawahan?

Mungkin ada rakyat yang jahil akan mengatakan mereka tidak ada apa-apa kesan kerana tidak ada kereta dan tidak menggunakan tol. Tetapi mereka kena sedar walaupun tidak berkereta namun mereka membeli keperluan dapur dan barang makanan. Semuanya melalui jalan tol dan menggunakan petrol. Segala bebanan tol dan petrol akan ditanggung oleh pengguna. Kalau dulu kita boleh beli sayur sawi sekilo RM2.00 sekarang sudah meningkat kepada RM3.00 sekilo.

Pengusaha bas juga sudah menuntut tambang dinaikkan sehingga 100 peratus. Rakyat negara ini pastinya tertekan kerana memikirkan taraf hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Jika pemimpin pada hari ini tidak boleh memikirkan kebaikan untuk rakyat, sila turun dengan cara terhormat. Beri peluang kepada Pakatan Rakyat pula untuk memimpin negara.

Ya Allah! Selamatkan negara dari pemimpin yang rakus dan mengkhianat amanah rakyat. - tajdid

Nota: Ustaz Idris Ahmad ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat

Aduuuhhh


Malam tadi stesen minyak penuh dengan kenderaan2 nak mengisi tangki minyak masing2...sakit hati dengan tindakan kurang bijak kerajaan menaikkan harga minyak sampai 78 sen. Gile ape...pasni apa lah reason dia nak bagi kat rakyat. Pak Lah dan konco2nya relax tak terkesan ape2 coz selama bergerak kehulu dan ke hilir dengan kenderaan milik kerajaan. Mane keluar duit nak p bayar minyak kereta tu. Patutla tak dapat menjiwai kesengsaraan rakyat..
Plsss la. Patut la susah bebeno nak berundur!!

Teringat mase ana 1st or 2nd year dulu2...nak cerite takdak duit sampai tahap makan maggi tu kene kerat 2. Separuh makn untuk siang..separuh lagi makan untuk malam... pegi stesen minyak...takde duit tapi pegi je sbb meter dah sampai E...check dalam bag ..korek2 adalah dalam singgit (duit syiling...seposen..dua posen). Itulah yang ana gune nak isi minyak motor. Mat bangla yang jaga counter duk sengih2 kata ana. Ana fikir dalam hati ..."ko ingat aku sesaje bayar ngan duit syiling ke?"

Tu dulu masa minya naik 3 posen....sekarang???? 70sen maaa.....

Kalau jumpa dengan ahli UMNO kat cawangan-cawangan khususnya di kawasan kampung, tentu mereka akan di'tarbiyah'kan agar menjawab seperti berikut :-

i. Kalau tak mampu pakai kereta, pakai motor ajelah

ii. Kalau tak mampu pakai motor, naik basikal ajelah

iii. Dulu isi motor aku RM 5, sekarang pun RM 5 jugak, masih boleh jalan lagi.

iv. Harga minyak di Malaysia masih jauh lagi murah daripada negara-negara jiran.

Macam-macam lagi jawapan yang diberi oleh mereka ini tetapi itulah yang mereka dapat daripada pemimpin mereka. Kesian kita lihat masa pilihanraya umum yang lalu makcik-makcik tua dibawa kehulu ke hilir dengan dijanjikan habuan duit setiap hari berkempen untuk memenangkan BN.

Kadang-kandang rasa geram jugak tapi apa nak buat, golongan ini sering dijadikan mangsa oleh pemimpin mereka. Sudah tentu, selepas kenaikan terbaru ini, makcik-makcik ini akan sekali lagi dipergunakan oleh pemimpin UMNO untuk menjadi 'jurubicara rakyat' mempertahankan keputusan kerajaan yang 'kurang bijak' ini (macam pernah dibuat dicampus, bagi menjelaskan isu kenaikan harga minyak....siap buat roadshow kat kolej2 tu) .

Kita perlu pastikan bahawa ahli keluarga kita, saudara-mara kita, jiran tetangga kita tidak dipergunakan lagi oleh pemimpin UMNO/BN yang sudah 'kurang bijak' ini. Nasihat baik-baik agar mereka tidak turun berkempen untuk menyokong keputusan kerajaan BN ini. Bukan apa, takut-takut mereka pula akan jadi mangsa kemarahan rakyat. Jika ada kekuatan, nasihat agar saudara-mara dan jiran tetangga kita ini berkempen pula menyedarkan rakyat tentang kesilapan kerajaan UMNO/BN dalam membuat keputusan.

minyak oh minyak

Berikut ialah artikel dari seorang pembaca dari Tranung Online...

Konspirasi harga minyak malaysia..kerajaan menipu rakyat?
Saya percaya kebanyakan org malaysia tidak tahu tentang senario minyak di negara kita.sebagai bekas pekerja disebuah syarikat ingin menyatakan sesuatu yang terbuku di dalam hati, bahawa harga minyak dunia yg diwarwarkan mahal sehingga mencecah 130usd adalah minyak
mentah kualiti tinggi iaitu sweet crude.Minyak sweet crude ini kebanyakan adalah dieksport keluar/dijual keluar dan tidak digunakan untuk kegunaan domistic sepenuhnya kerana kualitinya yang tinggi dan harganya yg mahal.


Untuk kegunaan negara,malaysia mengimport minyak mentah berkualiti rendah iaitu sour crude dan harganya jauh lebih murah drpd sweet crude.Loji pemprosesan ini boleh di lihat di Melaka.minyak mentah kualiti rendah ini diimport dr timur tengah,dan sesetengah negara asia
lain.Maka tidak adil jika malaysia membandingkan harga minyak malaysia dengan beberapa negara maju yang lain kerana kualiti minyak adalah berbeza dan lebih lagi keadaan sosio ekonomi negara-negara tersebut jauh beza.Sebagai contoh, di Thailand,minyak mungkin mahal
tetapi cukai kenderaan,harga barangan kegunaan,makanan jauh berbeza.

Apa yang berlaku disesebuah negara lain,seperti diindia ,petrol nya beharga mahal kerana minyaknya diimport sepenuhnya dari luar kerana keengganan syarikat minyak terbesarnya,iaitu reliance refinery untuk menjual minyak dengan harga subsidi kepada kerajaan india.untuk makluman,reliance refinery adalah syarikat minyak yang tidak dibanyangi oleh kerajaan,tidak seperti petronas,yang kebanyakan keputusan pentadbiran atasannya dibanyangi oleh kerajaan disebabkan syarikat ini adalah berada secara terus dibawah kerajaan.Tetapi apa yang berlaku,kerap kali harga minyak mentah sweet crude dilaporkan naik,kerajaan akan terus menaikkan harga petrol dan diesel,sebabnya???

Apabila harga dinaikkan,Petronas akan memperolehi untung yang tinggi,dan kita perlu ingat,jumlah cukai juga akan tinggi, dan pada masa ini petronas membayar cukai sebanyak kira-kira 70% kepada kerajaan. Adakah kenaikan harga minyak adalah satu sumber cara kerajaan mendapatkan sumber kewangan yang mudah setelah sumber kewangan dari negeri-negeri yang telah ditawan pembangkang telah merosot,etc Perak,Kedah,Pulau Pinang dan Selangor?kerana apa yang kita tahu,negeri tersebut merupakan antara negeri penyumbang kewangan disebabkan negeri tersebut mempunyai banyak kawasan perindustrian.

Apa yang boleh kita buat sekarang???
takkan nak terime je leee...
nak sokong lagi UMNO yang dah tak releven tu??....
Ape lagi...

GULINGKAN KERAJAAN YG MEMBEBANKAN RAKYAT!!!

TAKBIR!!!

Lets Go!!

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan mengadakan siri bantahan Kenaikkan harga minyak (Serah Memo dan Demontrasi) pada minggu hadapan seperti jadual berikut;

1. Penyerahan Memorandum Bantahan Kepada PM dan Menteri Kabinet
Tarikh : 11 Jun 2008 (Rabu-Sempena Mesyuarat Kabinet)Masa : 11 pagitempat : Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62502 Putrajaya.

2. Penyerahan Memorandum Bantahan Kepada Setiausaha Agung Barisan Nasional(Pimpinan dan Ahli BN Turut Bertanggungjawab Atas Kenaikkan ini)
Tarikh : 11 Jun 2008 (Rabu-Bantahan Khusus kepada pimpinan BN dan Ahli BN)Masa : 2 petangTempat : Suite 1 & 2, 8th Floor, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur

3. Perarakan Aman Membantah Kenaikkan Harga Minyak
Tarikh : 13 Jun2008 (Selepas Solat Jumaat)Masa : 2 petangTempat : Bermula dari Menara City Bank ke Hadapan Bangunan KLLC

4. Edaran Risalah Membantah Kenaikkan Harga Minyak
Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)Masa : 5 petangTempat : Pasar Malam Jalan TAR (Bermula di Hadapan Masjid India hingga Ke Pertama Kompleks.

Seluruh Rakyat Dijemput Hadir bagi bersama-sama menyatakan Keprihatinan kita terhadap Isu ini.

...

Dalam hadis yang diriwayatkan Ahmad bin Hambal, nabi bersabda,

"Pandangan [bernafsu] adalah anak panah yang beracun dari busur Iblis. Barang siapa yang menahan pandangannya dari kemolekan wanita, Allah akan memberikan kenikmatan dalam hatinya sampai hari perjumpaannya dengan Allah."

Siapa kita



Siapakah kita ..
dalam mencari halatuju hidup dalam pengertian hamba Allah yg sebenar. Terkadang kita jauh tersesat sehingga kita hampir2 lemas dan putus asa. Namun rasa putusasa dengan Rahmat Allah tidak sekali…terus mengharap.. mengharap.. dan mengharap destinasi cinta agung yg kita cari selama ini kan ketemu jua..

Siapa kita?
Adakah hanya pengharapan kosong sahaja tanpa sedikit pun usaha sebagai bukti kesungguhan kita? Terkadang kita tertipu dengan dogma diri ... Kita hanyut dengan sesuatu yg indah kita angan2kan... Sedangkan kita percaya bahawa sesuatu itu tidak akan datang tanpa usaha.

Siapa kita?
Berangan-angan ingin melahirkan generasi Al Quran …sedang dalam diri kita sendiri masih tidak tertegak lagi Al Quran. Tak jauh…hanya dalam diri sendiri…sekali lagi kita hanya berangan dan terus berangan tanpa ada sekelumit usaha untuk menegakkan Al Quran dalam diri…

Siapa kita?
Mengharapkan pasangan hidup yg beriman yg dapat membimbing diri untuk mengenalNya …mencintaiNya…dapat merasai halawatul iman….dan untuk kesekian kalinya kita terus mengharap dan mengharap tanpa ada usaha yg datang sendiri dari diri yg lahir dari nurani yg ikhlas dan bersungguh dengan apa yg dicita-citakan….

Kita yg begitu…
berubahlah..masih ada waktu untuk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu. Ingatlah selalu Allah love us very much…berusahalah mendekatiNya…bersabarlah dan tingkatkan disiplin diri…
Jangan kau ragu dengan ilmu yg tiada, kerana kau boleh bermula dari tiada... Kerana kau sememangnya tiada miliki apa2 , dan ALLAH jualah yg memiliki segalanya. Amalkan sahaja apa yg sedikit kau peroleh, selebihnya Allah akan ajarkan apa yg tidak kau ketahui.

Bertindaklah sekarang selagi mana ruh masih lagi di jasad. Minta jauh lah kau dari tersesat jauh dan menyesal tak sudah di kampung akhirat nanti…
Disini ...
Hari ini..
Saat ini...
Bertindaklah!!!

Tatkala hati membeku

Pernahkah kita merenung?, sudah berapa kali kita pernah menangis kerana takut pada Allah Subhanahu wa Ta’ala, merasa ngeri ketika ingat nerakaNya atau terkenang dengan bertumpuk-tumpuknya dosa yang pernah kita lakukan? Sudah berapa kali solat yang kita kerjakan begitu kita nikmati kerana kita dapat merenungi dan menjiwai makna-makna ayat-ayat Al-Qur’an yang kita baca?…

"Susah la...aku tak pandai...aku masih mencari...." mungkin itulah jawapan sebagian dari kita. Pernahkah kita berfikir apa yang menjadi sebab keluarnya jawapan2 sebegitu? Penyebabnya tidak lain adalah bekunya hati kita yang menyebabkan kita sukar untuk menangis serta tidak bisa khusyuk dalam shalat.

Berikut ini adalah beberapa penyebab kebekuan hati yang kita alami. Sehingga kalau kita sudah mengetahui penyebabnya, kita boleh mengubati hati kita yang sudah terlanjur sejuk membeku dan mengeras!!.

Bergaul yang tidak Berfaedah.
Kawan punya pengaruh yang signifikan pada diri kita. Dia akan memberikan warna dalam kepribadian kita. Nabi shalallahu ‘alaihi wassalam memberi perumpamaan. Teman yang tidak baik itu seperti Tukang Besi, andai tidak terbakar pun, paling tidak kita pasti terkena udaranya yang panas atau habuknya yang hitam. Kerana itu kita harus mampu mengawal diri dengan baik agar tidak terjebak dalam pergaulan yang tidak bermanfaat.

Berbicara Yang tidak Perlu.
Sering sekali kita membicarakan hal-hal yang kadang-kadang tidak ada manfaatnya, baik untuk dunia mahupun akhirat kita. Berhati-hatilah dengan lisan kita terutama bila berkumpul dengan kawan2. Apakah kita lupa bahwa Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan lidah hanya satu dan telinga ada dua, dengan tujuan iaitu supaya kita lebih banyak diam untuk mendengar daripada bicara. Namun kita sangat sering melupakan hal ini apalagi kalau sedang asyik berbicara, kita lupa untuk mendengar. Rasul tercinta pernah menasihati para sahabat baginda yg sangat dikasihinya agar memelihara lidah(lisan) kerana ia kunci kepada 3 perkara besar dalam kehidupan iaitu iman sbg pokoknya, solat sbg tiangnya dan jihad sbg kemuncaknya.

Memandang Yang tidak Perlu.
Tidak mengatur pandangan yang kita lakukan akan menimbulkan kesan negatif iaitu, terkena panahan Iblis yang beracun. Oleh kerana itu Nabi menyatakan, yang ertinya:

“Barangsiapa meninggalkan sesuatu karena Allah maka Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik” (HR: Ahmad).

Syaitan masuk seiring pandangan untuk menyalakan api syahwat. Membuat hati lupa dan menyibukkannya sehingga terjerumus ke dalam mengikuti hawa nafsu dan kelalaian. Kerana dari pandangan mata turun ke hati. Awas!

Berlebih-lebihan dalam Makan.
Imam Syafi’i rahimahullah mengatakan: “Selama 16 tahun aku hanya pernah kenyang sekali saja, yang akhirnya kumuntahkan. Kerana kenyang itu membuat badan terasa berat, hati menjadi keras, kepandaian menjadi hilang, menyebabkan ngantuk dan membuat orang layu dalam beribadah”. Sehingga makan itu sekadarnya saja, kalau boleh jangan sampai kekenyangan. Tidak sihat dan membuat malas.

Tidur yang Berlebihan.
Cuba kita renungkan komentar Nabi shalallahu’alaihi wa salam tentang orang yang tidur satu malam penuh, bangun-bangun sudah pagi tanpa solat malam
“Itulah orang yang telinganya atau kedua telinganya dikencing syaitan.” (HR: Bukhari dan Muslim).

Menghina Ulama.
“Daging para ulama itu beracun”, demikian pesan para ulama kita. Terlebih lagi bila kita menghina dan mengumpati mereka kerana ilmu syar’i yang mereka miliki. Jadi sebaiknya kita berhati-hati dalam hal ini.

Tidak Membaca Al Qur’an dengan Merenungi Maknanya.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, yang ertinya:
“Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?” (QS: Muhammad: 24).

Tidak Merenungi Kematian, Alam Kubur, Surga, dan Neraka.
Nabi memerintahkan kita untuk berziarah kubur, agar kita teringat akan akhirat. Nabi juga memerintahkan untuk banyak mengingat kematian yang merupakan penghancur kesenangan hidup (HR: Abu Daud). Mengapa? Kerana mengingati mati adalah mesin penggerak untuk beramal shalih yang ada dalam diri orang beriman.

Tidak Mengkaji Kehidupan Umat Terdahulu Yang Sholeh (Sahabat dan 2 Generasi Setelahnya).
Mereka merupakan manusia terbaik yang dekat dengan masa kenabian. Seluruh keutamaan terkumpul dalam diri mereka. Lihatlah kekhusyua’an mereka dalam shalat, shalat malam mereka, shalat berjamaah mereka, bakti mereka kepada orang tua, zuhud mereka, kesungguhan mereka dalam mencari ilmu, dan sebagainya.
“Siapakah kita dibandingkan mereka?,” Itulah kesimpulannya. Kerana kurang mengetahui kehidupan mereka, maka hati kita jadi keras, sombong, ujub, udah merasa beramal dan berjasa besar terhadap Islam. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala cairkan hati-hati kita yang mulai membeku kerana Dialah yang mengendalikan hati-hati hamba-Nya.

(Sumber Rujukan: Tazkiyatun Nufus, dll)
Syukran ila Al Fadhil Ustaz Akhmad Asikin bin Musthofa bin Ihsan, S.Ag

3.6.08

betul kot :)

KAJIAN 25 TAHUN DATO’ FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun & bertolak ansur

Sangat cermat,teliti & teratur

Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik

Pendiam tapi pandai bercakap

Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati

Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur

Kerja yang dilakukan sangat sempurna

Sangat sensitif yang tidak diketahui

Orang yang banyak berfikir

Daya pentaakulan yang baik

Otak bijak & mudah belajar

Suka mencari maklumat

Kawal diri dari terlalu mengkritik

Pandai mendorong diri sendiri

Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia

Suka sukan, hiburan & melancong

Kurang menunjukkan perasaannya

Terluka hatinya sangat lama disimpan

Terlalu memilih pasangan

Sukakan benda yang luas Bersistematik

Nasihat Al Quran

Bagi mereka yg mencari Mawaddah (kasih), Sakinah (ketentraman) dan Rahmah (sayang)dalam Keluarga.

Bismillahirrahmaanirahiim

Dengan kerendahan hati mari kita simak pesan2 Al-qur'an tentang tujuan hidup yang sebenarnya

Nasehat ini untuk semuanya ......
Untuk mereka yang sudah memiliki arah.....
Untuk mereka yang belum memiliki arah......
dan untuk mereka yang tidak memiliki arah.
nasehat ini untuk semuanya.....
Semua yang menginginkan kebaikan.

Saudaraku.......
Nikah itu ibadah......
Nikah itu suci......
Memang nikah itu bisa karena harta, bisa karena kecantikan, bisa karena keturunan dan bisa karena agama.
Jangan engkau jadikan harta, keturunan maupun kecantikan
sebagai alasan......
karena semua itu akan menyebabkan celaka.J
adikan agama sebagai alasan........
Engkau akan mendapatkan kebahagiaan.

Saudaraku.......
Tidak dipungkiri bahwa keluarga terbentuk karena cinta.......
Namun......
jika cinta engkau jadikan sebagai landasan,
maka keluargamuakan rapuh,
akan mudah hancur.
Jadikanlah " ALLAH " sebagai landasan......
Niscaya engkau akan selamat
Tidak saja dunia, tapi juga akherat.......
Jadikanlah ridho Allah sebagai tujuan......
Niscaya mawaddah, sakinah dan rahmah akan tercapai.

Saudaraku........
Jangan engkau menginginkan menjadi raja dalam "istanamu"......
disambut istri ketika datang dan dilayani segala kebutuhan......
Jika ini kau lakukan " istanamu " tidak akan langgeng.....
Lihatlah manusia ter-agung Muhammad saw....
tidak marah ketika harus tidur di depan pintu, beralaskan sorban,
karena sang istri tercinta tidak mendengar kedatangannya.
Tetap tersenyum meski tidak mendapatkan makanan
tersaji dihadapannyaketika lapar........
Menjahit bajunya yang robek........

Saudaraku.......
Jangan engkau menginginkan menjadi ratu dalam " istanamu "......
Disayang, dimanja dan dilayani suami......
Terpenuhi apa yang menjadi keinginanmu......
Jika itu engkau lakukan " istanamu " akan menjadi neraka bagimu

Saudaraku.......
Tegaslah terhadap istrimu........
Dengan cintamu, ajaklah dia taat kepada Allah......
Jangan biarkan dia dengan kehendaknya.......
Lihatlah bagaimana istri Nuh dan Luth.......
Di bawah bimbingan manusia pilihan, justru mereka menjadi penentang.....
Istrimu bisa menjadi musuhmu........
Didiklah istrimu........
Jadikanlah dia sebagai Hajar, wanita utama yang setia terhadap tugas suami, Ibrahim.
Jadikan dia sebagai Maryam, wanita utama yang bisa menjaga kehormatannya......
Jadikan dia sebagai Khadijah, wanita utama yang bisa mendampingi sang suami Muhammad saw menerima tugas risalah.....
Istrimu adalah tanggung jawabmu....
Jangan kau larang mereka taat kepada Allah.....
Biarkan mereka menjadi wanita shalihah....
Biarkan mereka menjadi Hajar atau Maryam.....
Jangan kau belenggu mereka dengan egomu...

Saudaraku......
Jika engkau menjadi istri......
Jangan engkau paksa suamimu menurutimu......
Jangan engkau paksa suamimu melanggar Allah......
siapkan dirimu untuk menjadi Hajar, yang setia terhadap tugas suami.....
Siapkan dirimu untuk menjadi Maryam, yang bisa menjaga kehormatannya....
Siapkan dirimu untuk menjadi Khadijah, yang bisa mendampingi suami menjalankan missi...
Jangan kau usik suamimu dengan rengekanmu....
Jangan kau usik suamimu dengan tangismu....
Jika itu kau lakukan.....
Kecintaannya terhadapmu akan memaksanya menjadi pendurhaka................jangan..........

Saudaraku........
Jika engku menjadi Bapa......
Jadilah bapa yang bijak seperti Lukmanul Hakim...
Jadilah bapa yang tegas seperti Ibrahim...
Jadilah bapa yang kasih seperti Muhammad saw...
Ajaklah anak-anakmu mengenal Allah..........
Ajaklah mereka taat kepada Allah.......
Jadikan dia sebagai Yusuf yang berbakti.......
Jadikan dia sebagai Ismail yang taat.......
Jangan engkau jadikan mereka sebagai Kan'an yang durhaka...
Mohonlah kepada Allah..........
Mintalah kepada Allah, agar mereka menjadi anak yang shalih.....
Anak yang bisa membawa kebahagiaan...

Saudaraku........
Jika engkau menjadi ibu....
Jadilah engkau ibu yang bijak, ibu yang teduh....
Bimbinglah anak-anakmu dengan air susumu....
Jadikanlah mereka mujahid.........
Jadikanlah mereka tentera-tentera Allah.....
Jangan biarkan mereka bermanja-manja.....
Jangan biarkan mereka bermalas-malas..........
Siapkan mereka untuk menjadi hamba yang shalih....
Hamba yang siap menegakkan Risalah Islam.

AMIN.

September 16


gambar sekadar hiasan =)


Selalu orang akan bercerita tentang September 11. Ape lagi kalau bukan kisah tragis runtuhnya bangunan kebanggaan warga American WTC...juga kisah hitam bermulanya serang saraf terhadap ISLAM yg di label dgn pelbagai gelaran. Peristiwa yang tak mungkin diterima aqal manusia normal...bahkan budak tadika pun boleh buat spekulasi tepat...takkan kapal terbang dua buah boleh mencairkan logam keluli struktur asas bangunan... sampai boleh roboh sampai jadi debu...pelik betul. Tapi itulah fakta yg telah diterima dunia... hanya sekarang(tahun lepas x silap) sains fizik berjaya menjelaskan segala2nya. Peristiwa dahsyat Yahudi laknatullah yang cukup terancang...tapi dunia terus membisu menuding jari kapada ISLAM yg dianggap terorist sedangkan ISLAM itu datang sebagai RAHMATALLiL 'ALAMIN.

Ape pula cerite September 16?
peristiwa berdarah yang menyayat hati pembantaian seramai beribu-ribu orang pelarian Palestin di Kem Sabra dan Shatilla di Beirut, Lubnan. Peristiwa hitam ini tetap tinggal dalam sejarah umat Islam Palestin sebagai satu lagi daripada berpuluh-puluh tragedi yang menimpa mereka setelah berlakunya Nakba 1948, apabila tanah air mereka dijajahi oleh pendatang-pendatang asing dari Eropah yang menghalau mereka keluar merempat ke tempat orang.

Peristiwa yang bermula dengan pengepungan kem tersebut oleh tentera Zionis di bawah pimpinan Ariel Sharon pada tengah hari Rabu 15 September 1982 tersebut akan tetap tinggal sebagai contoh kebinatangan manusia yang tidak berhati perut hingga ke akhir zaman.
Setelah semua pintu keluar disekat, kereta kebal tentera Yahudi mula membedil perkhemahan tersebut, sambil diawasi daripada bangunan-bangunan tinggi di sekeliling perkhemahan yang diduduki mereka, termasuk Kedutaan Kuwait, untuk dijadikan pos-pos pemerhatian. Sementara itu Sharon bertemu dengan pihak militia Kristian Falangist, di bawah Elie Hobeika, untuk mempelawa mereka masuk ke dalam perkhemahan pelarian Palestin dan “membersihkan” apa yang mereka sebut sebagai sarang pengganas.

Seterusnya bermula petang 16 September gerombolan pertama daripada sejumlah 1,500 orang militia Falangis, yang termasuk juga anggota-anggota Tentera Bebas Lubnan pimpinan Saad Haddad, masuk ke dalam kawasan perkhemahan dengan menaiki jip-jip yang dibekalkan oleh tentera Yahudi dan bersenjatakan senapang, pisau dan parang. Mereka lalu menjalankan “tugas” membunuh dan menyembelih pelarian Palestin di sana, malah merogol wanita-wanita juga, sambil tentera Zionis berkawal di luar sepanjang sempadan perkhemahan agar tiada siapa yang lepas lari keluar. Di sebelah malam tentera Yahudi menembak roket suluh (flares) ke atas perkhemahan bagi meneranginya - dikatakan sehingga terang benderang bagaikan padang bola, agar pihak militia Kristian di dalam dapat terus menjalankan pembantaiannya.
Pembunuhan beramai-ramai yang kejam tersebut berjalan terus-menerus selama lebih daripada dua hari, tanpa mempedulikan sama ada lelaki, wanita atau kanak-kanak, dan tanpa ada pembelaan atau pertahanan daripada sebarang pihakpun. Setelah tiba pagi sabtu 18 September barulah pengganas-pengganas Falangis meninggalkan perkhemahan, menghela mereka yang masih hidup keluar bersama untuk dibawa ke stadium pula untuk diinterogasi. Apabila kumpulan pemberita yang pertama dapat masuk ke dalam kawasan perkhemahan, mereka dapati jasad-jasad bertaburan di seluruh kawasan, banyak daripadanya telah dikerat-kerat. Hanya setelah itulah baru berita pertama mengenai pembantaian ini sampai ke pengetahuan masyarakat dunia.

Wartawan Amnon Kapeliouk, yang beliau sendiri juga seorang Yahudi, daripada akhbar Perancis Le Monde Diplomatique menganggarkan sejumlah 3,000-3,500 orang pelarian Palestin lelaki, wanita dan kanak-kanak telah dibunuh dan disembelih dalam tempoh dua hari tersebut dengan penuh kejamnya. Ini mengambilkira sebanyak 2,000 mayat yang diselenggarakan selepas pembantaian, daripada sumber-sumber rasmi dan Palang Merah, dan seramai dianggarkan 1,000 hingga 1,500 lagi yang dibereskan sendiri oleh pihak pengganas Falangis. Selama begitu lama dunia tidak melihat suatu pembunuhan beramai-ramai pihak yang tidak bersalah yang bukan kombatan sebegitu, yang tidak dapat mempertahankan diri sendiri, dengan begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Sehingga hari ini tidak seorangpun yang bertanggungjawab ke atas pembantaian kejam ini telah dibawa ke pengadilan, jauh sekali daripada dihukum setimpalnya. Ariel Sharon malah kemudiannya naik menjadi Perdana Menteri entiti Zionis pula. Komander Falangis, Elie Hobeika, juga terlepas daripada hukuman dunia malah kemudiannya menjadi Menteri Kabinet Lubnan pula dalam tahun1990an. Walau bagaimanapun ia mati lantaran bom kereta pada Januari 2002.

......................................................................................................................................................
16 September 1984
Seorang Mujahid muda yg memburu syahid...Mujahid yang lahir selepas penghijrahan. Pengislahan ruh dan jasad mencari Cinta Ilahi. Semoga mujahid ini terus semangat dalam kembara perjuangannya yang pasti perjalanannya tidak menjanjikan hamparan permaidani baldu merah.

Berjuang memang menempah susah. Menanggung derita menongkah fitnah..Itulah gelombang hidup seorang mujahid memburu syahid. Kerana mujahid ini sedar dan tahu dunia bukan tempat untuk dia beristrirehat...tapi dunia adalah medan untuk dia berjihad. Memasang angan dan cita pada Robul Jalil untuk mendapat kerehatan di barzakh nanti dan di taman syurga nanti..

Terkadang mujahid ini keliru..merasakan mata hatinya masih mencari...destinasi Cinta yang sebenarnya terlalu hampir...hanya mungkin kabut kerana dosa lalu yang menghijab hatinya. Namun mujahid ini tiada sebab untuk berputus asa kerana dia yakin dengan janji Tuhan.

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan ALLAH, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi ALLAH. Mereka itulah orang-orang yang memperoleh kemenangan....Tuhan menggembirakan mereka dengan memberikan RAHMAT, KEREDHAAN dan SYURGA, mereka memperoleh kesenangan yang kekal didalamnya.." At-Taubah : 20 & 21

Ada ketikanya mujahid ini merasa lelah dalam perjalanannya. Dia tertanya2 apakah yang sebenarnya yang dia cari dalam hidup ini. Hakikatnya wahai mujahid, hati itu merayu dan merintih agar kembalikan ia kepada fitrah asal kejadiannya, kembalikan ia kepada yang menciptakannya, tidak lain dan tidak bukan...ALLAH Azza wajalla. Kembali pada ALLAH adalah jawapan kepada semua persoalan hidupmu. Dan sebenarnya itulah objektif utama kita diciptakan...mengabdikan diri padaNYA dalam segenap aspek kehidupan.
"Tidak AKU ciptakan JIN dan MANUSIA itu melainkan untuk beribadah.."
Apa sahaja yang berlaku diseputar hidupmu adalah wasilah untuk meraih RedhaNYA.
Syaitan laknatullah menghasut agar tinggalkan saja kembara yang bukan mudah ini..lantas dia segera menyebut2 firman ALLAH tempat pergantungannya..

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan dibiarkan (begitu saja), padahal Allah belum Mengetahui orang-orang yang berjihad diantara kamu dan tidak mengambil teman yang setia selain ALLAH, RASUL-NYA dan ORANG-ORANG yg BERIMAN. Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." At Taubah:16

Lantas dia terus bersabar dan berjihad menghadapi setiap ujian ALLAH. Tidak ada sekelumit pun rasa gentar dihatinya kerana dia benar2 hadam dgn firman ALLAH,

"Sesungguhnya yang memakmurkan masjid ALLAH hanyalah orang-orang yang BERIMAN kpd ALLAH dan hari kemudian, serta melaksanakan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kpd apa pun) kecuali kepada ALLAH. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk." At Taubah : 18

Dia terus termotivasi bila membaca ayat2 tasyji' dari Al Quran

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berJIHADlah dengan HARTA dan JIWAmu di jalan ALLAH. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." At Taubah : 41

Berjuang memang pahit..kerana syurga itu manis..

Teruskan berjuang wahai Mujahid muda. Bersama kita menyahut tawaran lumayan dari Allah
"Wahai org2 yg beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?...(iaitu) kamu BERIMAN kpd ALLAH dan RASUL-NYA serta kamu BERJUANG membela dan menegakkan agama ALLAH dengan HARTA dan DIRI kamu. Yang demikian itulah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
"(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, memasukkan kamu kedalam taman-taman yang mengalir dibawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam SYURGA 'Adn'. Itulah kemenangan yang besar."
"Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari ALLAH dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman." As Soff : 10 - 13
Semoga kita akan bertemu nanti...andai tidak di dunia..di syurga nanti. InsayaALLAH

tumpang sat




Tumpang bergambar kat kereta Prof. Berangan kejap sebelum mula praktikal. Bile la agaknye nak rasa naik kereta ni ye...InsyaALLAH satu hari nanti...menuju ke destinasi...puncak cita tertinggi....Tak salah untuk memasang angan-angan kerana setiap KEJAYAAN itu bermula dengan satu impian.

Six Sense


"Dan barang siapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya."
(QS. Al-Israa’ [17]: 72)


Mendengar kata ‘indera keenam’ pasti yang terbayang dalam benak kita adalah orang-orang sakti yang memiliki ilmu psikik yang tinggi, boleh melihat apa yang orang lain tidak boleh lihat, dan dapat merasakan apa yang orang lain tidak rasakan.

Manusia sebenarnya memiliki enam indera. Namun yang kita tahu selama ini hanyalah lima indera saja atau yang biasa disebut ‘panca indera’. Fungsi dan mekanisme kerja indera keenam dan panca indera sangat berbeza.

Panca indera terdiri daripada mata, telinga, hidung, lidah dan kulit. Mata, digunakan untuk melihat. Hanya dapat melihat sesuatu apabila ada cahaya. Secara fisikal, benda dapat kita lihat kerana benda tersebut memantulkan cahaya ke mata kita. Jika tidak ada pantulan cahaya, meskipun di depan kita ada suatu benda, benda tersebut tidak akan dapat kita lihat. Misalnya dalam kegelapan, kita bahkan tidak akan mampu melihat tangan kita sendiri. Maka bersyukurlah kepada Allah SWT karena diberikannya sinar atau cahaya.

Indera penglihatan ini memiliki keterbatasan. Ia hanya mampu melihat jika ada pantulan cahaya pada frekuensi 10 pangkat 14 Hz. Mata tidak boleh melihat benda yang terlalu jauh. Tidak boleh melihat benda yang terlampau kecil seperti sel-sel ataupun bakteria. Juga tidak boleh melihat benda yang ada dibalik tembok. Bahkan mata kita sering ‘tertipu’ dengan berbagai kejadian (ilusi optik).

Misalnya pada siang hari yang terik, dari kejauhan terlihat air yang mengeluarkan wap di atas jalan yg panas. Namun apabila kita mendekat ternyata yang kita lihat sebenarnya tidak wujud. Ini yang kita sebut fatamorgana. Tipuan lain adalah pembiasan benda lurus dalam air, sehingga benda tersebut kelihatan bengkok. Bintang yang kita lihat di langit sangat kecil ternyata sungguh sangat besar, dan lebih besar dari bumi yang kita duduki. Malah sebenarnya bintang itu sudah mati dan tiada tapi masih kelihatan kerana cahaya yang baru sampai sesudah melalui perjalanan yang sangat jauh walaupun dengan kelajuan cahaya. (nak cerita luasnya alam yang ALLAH cipta ni...)


Penglihatan oleh mata kita sangat kondisional, seringkali tidak ‘menceritakan’ keadaan yang sesungguhnya pada otak kita. Bukti-bukti di atas memberikan gambaran bahwa indera mata kita mengalami distorsi alias penyimpangan yang sangat besar. Namun, mata inilah yang kita gunakan untuk melihat dan memahami dunia nyata yang ada di luar diri kita. Mata pun tidak boleh melihat apa yang ada dalam diri kita sendiri dan yang ada dalam diri orang lain. Apa yang orang lain fikirkan dan rasakan tidak boleh dilihat oleh mata. Mata sungguh sangat terbatas.


Namun keterbatasan ini harus pula kita syukuri. Bayangkan saja apabila mata kita boleh melihat benda yang sangat halus seperti bakteria ataupun virus. Maka kita tidak akan mampu makan dengan tenang dan nikmat, sebab semua makanan yang kita makan mengandung bakteria dan kuman yang bentuknya sangat menyeramkan.

Atau seandainya mata kita tidak terbatas, maka kita akan bisa melihat setan-setan dan jin-jin yang berkeliaran di sekitar kita, dapat melihat orang di balik tembok, dapat melihat proses pencernaan yang terjadi dalam tubuh kita sendiri sehingga menjadi kotoran. Sungguh kehidupan kita akan sangat menyeramkan.

Indera selanjutnya adalah telinga.

Ia merupakan organ tubuh yang digunakan untuk mendengarkan suara. Telinga hanya bisa mendengar suara pada frekuensi 20 s/d 20 ribu Hz. Suara yang memiliki frekuensi tersebut akan menggetarkan gendang telinga kita, untuk kemudian diteruskan ke otak oleh saraf-saraf pendengar. Hasil dari interpretasi otak, suara dapat ditandai dan diketahui. Apabila suara getarannya dibawah 20 Hz maka suara tidak bisa didengar, dan apabila melebihi 20 ribu Hz maka suarapun tidak akan mampu didengar dan bahkan gendang telinga akan pecah @ rosak.

Telinga kitapun memiliki keterbatasan sebagaimana mata. Allah SWT memberikan batasan pendengaran pada kita sebagai kurnia dan rahmat yang harus pula kita syukuri. Bayangkan jika pendengaran kita tidak dibatasi, kita akan mendengarkan suara-suara binatang malam, kita juga boleh mendengarkan suara jin sedang bercakap-cakap, dan lain sebagainya, maka hidup kitapun tidak akan tenang.

Indera yang ketiga adalah hidung.

Indera ini digunakan untuk merasakan bau. Di dalam rongga hidung terdapat saraf-saraf yang akan menerima rangsangan bau yang masuk. Selanjutnya saraf menghantarkannya ke otak untuk diterjemahkan. Sebagaimana mata dan telinga, hidung juga memiliki keterbatasan kemampuan. Contohnya, apabila hidung sering merasakan bau busuk maka kepekaannya terhadap bau busuk akan hilang. Misalnya kita tinggal di lingkungan yang banyak sampah berbau busuk. Awalnya kita amat terganggu dan tidak tahan dengan bau tersebut, namun lama kelamaan kita tidak akan merasakan bau busuk tersebut. (bukan sbb bau tu dah xda..tapi sebb hidung kita dah lali..reseptor yg mengesan bau tu dah xleh berfungsi)

Indera keempat dan kelima adalah lidah dan kulit. Lidah digunakan untuk mengecap rasa, sedangkan kulit untuk merasakan kasar, halus, panas, dingin, dan lain-lain. Kedua indera inipun memiliki keterbatasan dalam memahami fakta yang ada di luar dirinya. Kalau kulit kita dibiasakan dengan benda kasar terus dalam kurun waktu yang lama, maka kepekaan kulit kita untuk memahami benda yang halus juga akan berkurang. Begitu juga dengan kemampuan lidah kita. Dalam kondisi tertentu, misalnya kita terbiasa dengan makanan pedas, maka lidah tidak akan merasakan enaknya makanan yang tidak terasa pedas.

Dengan berbagai penjelasan di atas tidak diragukan lagi bahwa lima indera yang kita miliki semuanya serba terbatas, kondisional, dan seringkali tertipu oleh hal-hal yang sebenarnya jelas namun terinterpretasi secara tidak jelas.


Sebenarnya manusia memiliki indera yang lebih hebat lagi dibandingkan dengan panca indera. Itulah indera keenam.


Setiap orang memiliki indera keenam yang bisa berfungsi melihat, mendengar, merasakan, dan membau sekaligus. Indera tersebut yakni hati kita. Akan tetapi beberapa potensi fungsi hati di atas tidak pernah mampu kita maksimalkan. Kenapa? karena memang kita tidak pernah melatihnya.

Manusia terlahir sudah memiliki indera keenam yang berfungsi dengan baik. Kerana itu seorang bayi dapat melihat ‘dunia dalamnya’. Ia menangis dan tertawa sendiri karena melihat ada ‘dunia lain’. Akan tetapi seiring dengan bertambahnya waktu, kemampuan indera keenam tersebut menurun drastik.

Sebabnya adalah orang tua kita tidak melatih indera keenam kita. Mereka lebih melatih panca indera kita untuk memahami dunia luar. Orangtua kita sangat risau apabila kita tidak bisa menggunakan panca indera kita dengan baik. Namun sebenarnya kemampuan penginderaan hati kita jauh lebih dahsyat.

Hati kita mampu merasakan, melihat, dan mendengar apa yang tidak dirasakan, dilihat, dan didengar oleh panca indera. Kita bisa ‘kenalan’ dengan Allah SWT hanya dengan cara mengaktifkan fungsi hati kita dengan baik. Kita bisa melihat Allah hanya dengan hati kita, bukan dengan mata. Kita bisa merasakan adanya Allah bukan dengan kulit kita, namun dengan hati.

Allah SWT sudah mengingatkan kita dalam Alqur’an akan pentingnya menghidupkan hati, dalam Alqur’an surat Al-Israa’ [17] ayat 72 disebutkan:

“dan barang siapa di dunia ini buta hatinya, maka di akhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya”.

Rasulullah SAW pernah mengingatkan para sahabat akan pentingnya mengaktifkan fungsi hati sebagai raja bagi kehidupan. Apabila kita menjadikan akal kita sebagai raja dan hati menjadi pengawalnya, maka tunggulah kehancuran hidup kita.

Hati kita akan tertutup dengan titik2 hitam sehingga kita tidak mampu mengenal Allah. Akal menjadi raja untuk diri kita karena kita membiasakan diri menilai kebahagiaan hidup hanya melalui apa yang dirasakan di dunia ini saja. Yang dilihat oleh mata, didengar oleh telinga, dirasakan oleh lidah dan kulit, semuanya diinterpretasikan di otak (akal).

Sehingga kitapun lebih memercayai rsional, logika dan nalar kita untuk mengukur kebahagiaan hidup. Pola ini akan membawa kita pada pola hidup yang bersandalkan akal dan mengesampingkan hati nurani. Banyak orang yang pintar dan cerdas dalam menguasai suatu ilmu namun kering akan ruhani ketuhanan.

Mereka tidak mampu melihat sesuatu yang metafisik, sesuatu dibalik segala ciptaan yang tak terbatas. Mereka akhirnya juga tidak mampu mereguk nikmatnya ibadah dan tidak mampu merasakan kehadiran Allah SWT.

Berbeza halnya apabila hati kita yang menjadi raja bagi diri kita. Kita akan dapat merasakan kehadiran Allah SWT dalam hidup kita. Dalam kehidupan sosial, kita juga bisa merasakan apa yang orang lain rasakan (peka). Oleh karena itu jadikanlah hati sebagai raja bagi diri kita.
Orang yang tidak melatih hatinya saat hidup di dunia – sehingga hatinya tertutup – maka mereka akan dibangkitkan oleh Allah SWT di akhirat nanti dalam keadaan buta.

Dalam surat Thahaa [20] ayat 124 disebutkan:

“Barangsiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan kami akan menghimpunnya pada hari kiamat dalam keadaan buta”.

Lalu, bagaimanakah cara melatih hati kita untuk bisa ‘melihat’ Allah SWT? Mari kita

1. menuntut ilmu demi mengharap ridha Allah SWT,

2. bekerja karena Allah SWT, sholat, puasa, bersedekah, dzikir, do’a, dan semua bentuk ibadah adalah karena Allah SWT, dengan hati yang tulus dan ikhlas.

Insya Allah kita akan bisa melihat Allah SWT di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Lemah-Lembut

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:


“Sesiapa yang dikurniakan sifat lemah lembut nescaya ia akan memperolehi kebaikan dalam semua hal.” (Riwayat Muslim)


Huraian :


1. Lemah-lembut adalah akhlak yang mulia yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hamba-nya. Oleh itu orang yang memiliki sifat lemah lembut adalah orang yang sangat beruntung.


2. Melatih diri untuk dapat memiliki sifat mulia ini dapat dimulakan dengan menahan diri apabila marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara sebelum bertindak.


3. Orang yang lemah lembut melambangkan orang yang sentiasa sabar dan tenang (tidak tergesa-gesa). Namun sifat lemah lembut ini lebih baik diseiringkan dengan ketegasan agar seseorang itu tidak mudah dipermainkan atau diperbodohkan oleh orang lain.


4. Rasullullah s.a.w adalah contoh orang yang paling lemah-lembut dan paling baik dalam pergaulan. Sesiapa yang melihat baginda dari jauh akan berasa gentar tetapi sesiapa yang bercampur atau bergaul dengan baginda tentu akan menyayangi baginda disebabkan oleh sikap lemah lembut baginda itu.

Raja' dan Khauf

Raja’ dan Khauf merupakan 2 sayap (janaahaan) yang dengannya terbang para muqarrabiin ke segala tempat yang terpuji. Kedua sifat ini sangat penting untuk didefinisikan, karena jika tidak akan terjadi dua kesalahan yang sangat berbahaya.

Pertama, adalah sikap berlebihan (ghuluww) sebagaimana yang dialami oleh sebagian kaum sufi yang menjadi sesat karena mendalami lautan ma’rifah tanpa dilandasi oleh syari’ah yang memadai [2].

Sedangkan kesalahan yang kedua, adalah sikap mengabaikan (tafriith), sebagaimana orang-orang yang beribadah tanpa mengetahui kepada siapa ia beribadah dan tanpa merasakan kelezatan ibadahnya, sehingga ibadahnya hanyalah berupa rutinitas yang kering dan hampa dari rasa harap, cemas dan cinta.

Raja’ adalah sikap mengharap dan menanti-nanti sesuatu yang sangat dicintai oleh si penanti. Sikap ini bukan sembarang menanti tanpa memenuhi syarat-syarat tertentu, sebab penantian tanpa memenuhi syarat ini disebut berangan-angan (tamniyyan). Orang-orang yang menanti ampunan dan rahmat ALLAH tanpa amal bukanlah Raja’ namanya, tetapi berangan-angan kosong.

Ketahuilah bahwa hati itu sering tergoda oleh dunia, sebagaimana bumi yang gersang yang mengharap turunnya hujan. Jika diibaratkan, maka hati ibarat tanah, keyakinan seseorang ibarat benihnya, kerja/amal seseorang adalah pengairan dan perawatannya, sementara hari akhirat adalah hari saat panennya. Seseorang tidak akan memanen kecuali sesuai dengan benih yang ia tanam, apakah tanaman itu padi atau semak berduri ia akan mendapat hasilnya kelak, dan subur atau tidaknya berbagai tanaman itu tergantung pada bagaimana ia mengairi dan merawatnya.

Dengan mengambil perumpamaan di atas, maka Raja’ seseorang atas ampunan ALLAH adalah sebagaimana sikap penantian sang petani terhadap hasil tanamannya, yang telah ia pilih tanahnya yang terbaik, lalu ia taburi benih yang terbaik pula, kemudian diairinya dengan jumlah yang tepat, dan dibersihkannya dari berbagai tanaman pengganggu setiap hari, sampai waktu yang sesuai untuk dipanen. Maka penantiannya inilah yang disebut Raja’.

Sedangkan petani yang datang pada sebidang tanah gersang lalu melemparkan sembarang benih kemudian duduk bersantai-santai menunggu tanpa merawat serta mengairinya, maka hal ini bukanlah Raja’ melainkan bodoh (hamqan) dan tertipu (ghuruur). Berkata Imam Ali ra tentang hal ini:
“Iman itu bukanlah angan-angan ataupun khayalan melainkan apa-apa yang menghunjam di dalam hati dan dibenarkan dalam perbuatannya.”

Maka renungkanlah wahai saudaraku !

Maka seorang hamba yang yang memilih benih iman yang terbaik, lalu mengairinya dengan air ketaatan, lalu mensucikan hatinya dari berbagai akhlaq tercela, ia tekun merawat dan membersihkannya, kemudian ia menunggu keutamaan dari ALLAH tentang hasilnya sampai tiba saat kematiannya maka penantiannya yang panjang dalam harap dan cemas inilah yang dinamakan Raja’.

Berfirman ALLAH SWT:
“Orang-orang yang beriman, dan berhijrah dan berjihad dijalan ALLAH, mereka inilah yang benar-benar mengharapkan rahmat ALLAH.” (QS. Al-Baqarah, 2: 218).

Sementara orang yang tidak memilih benih imannya, tidak menyiraminya dengan air ketaatan dan membiarkan hatinya penuh kebusukan, darah dan nanah serta kehidupannya asyik mencari dan menikmati syahwat serta kelezatan duniawi lalu ia berharapkan ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya maka orang ini bodoh dan tertipu.

Berfirman ALLAH SWT tentang mereka ini:
“Maka setelah mereka digantikan dengan generasi yang mewarisi Kitab yang menjualnya dengan kerendahan, lalu mereka berkata ALLAH akan mengampuni kita.” (QS. Al’A'raaf, 7: 169).

Dan mereka juga berkata:
“Jika seandainya saya dikembalikan kepada RABB-ku maka aku akan mendapat tempat yang lebih baik dari ini.” (QS. Al-Kahfi, 18: 36).

Bersabda Nabi SAW:
“Orang yang pandai adalah yang menjual dirinya untuk beramal untuk hari akhirat, sementara orang yang bodoh adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya di dunia lalu berangan-angan kepada ALLAH akan mengampuninya.” (HR Tirmidzi 2459, Ibnu Majah 4260, Al-Baghawiy, Ahmad 4/124, Al-Hakim 1/57).

Keutamaan Raja’ yang lainnya adalah sebagaimana disebutkan dalam hadits Nabi SAW

:“Seorang hamba ALLAH diperintahkan untuk masuk ke neraka pada hari Kiamat, maka iapun berpaling maka ditanya ALLAH SWT (padahal ALLAH Maha Mengetahui): ‘Mengapa kamu menoleh?’ Ia menjawab: ‘Saya tidak berharap seperti ini’. ALLAH berfirman: ‘Bagaimana harapanmu?’ Jawabnya: ‘ENGKAU mengampuniku’. Maka firman ALLAH: ‘Lepaskan dia’.”

Raja’ hanya bermanfaat bagi orang yang sudah berputus asa karena dosanya sehingga meningggalkan ibadah, serta orang yang demikian khauf pada ALLAH SWT sehingga membahayakan diri dan keluarganya. Sedangkan bagi orang yang bermaksiat, sedikit ibadah dan berharap ampunan ALLAH, maka Raja’ tidak berguna, melainkan harus diberikan khauf. Sebab-sebab Raja’ adalah pertama dengan jalan i’tibar yaitu merenungkan berbagai nikmat ALLAH yang telah ditumpahkan-NYA setiap waktu pada kita yang tiada sempat kita syukuri ditengah curahan kemaksiatan kita yang tiada henti pada-NYA, maka siapakah yang lebih lembut dan penuh kasih selain DIA? Apakah terlintas bahwa DIA yang demikian lembut dan penuh kasih akan menganiaya hambanya?

Adapun jalan yang kedua adalah jalan khabar, yaitu dengan melihat firman-NYA, antara lain:

“Wahai hambaku yang telah melampaui batas pada dirinya sendiri, janganlah kamu putus asa akan rahmat ALLAH, sesungguhnya ALLAH mengampuni seluruh dosa-dosa.” (QS. Az-Zumar, 39: 53).

dan hadits-hadits Nabi SAW:

“Berfirman ALLAH SWT kepada Adam as: ‘Bangunlah! Dan masukkan orang-orang yang ahli neraka’. Jawab Adam as: ‘Labbbaik, wa sa’daik, wal-khoiro fi yadaik, ya Rabb berapa yang harus dimasukkan ke neraka?’ Jawab ALLAH SWT: ‘Dari setiap 1000, ambil 999!’ Ketika mendengar itu maka anak-anak kecil beruban, wanita hamil melahirkan dan manusia seperti mabuk (dan wanita yang menyusui melahirkan bayinya, dan kamu lihat menusia mabuk, padahal bukan mabuk melainkan adzab ALLAH di hari itu sangat keras. QS. Al-Hajj, 21: 2).

Maka berkatalah manusia pada Nabi SAW:
‘Ya Rasulullah! Bagaimana ini?’ Jawab Nabi SAW: ‘Dari Ya’juj wa ma’juj 998 orang dan dari kalian 1 orang’. Maka berkatalah manusia: ‘ALLAHU Akbar!’ Maka berkatalah Nabi SAW pada para sahabat ra: ‘Demi ALLAH saya Raja’ bahwa kalian merupakan 1/4 dari ahli jannah! Demi ALLAH saya Raja’ kalian merupakan 1/3 ahli jannah! Demi ALLAH saya Raja’ kalian menjadi 1/2 ahli jannah!’ Maka semua orangpun bertakbir, dan Nabi SAW bersabda: ‘Keadaan kalian di hari itu seperti rambut putih di Sapi hitam atau seperti rambut hitam di Sapi putih’.” (HR Bukhari 6/122 dan Muslim 1/139)