Name:
Location: seremban, N9, Malaysia

Pengembara yg mencari sinar Haqiqi

22.11.08

Fitnah Dunia

Sepatah Kata & Nas-nas Berkenaan Fitnah

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad saw dan ahli keluarganya, sahabat-sahabatnya dan para tabi’en.Fitnah merupakan satu fenomena tabie yang selalu melanda kehidupan manusia dan organisasi sesebuah jamaah. Malah ianya sudah menjadi sunnah kepada dakwah Islamiyah semenjak zaman permulaan manusia apabila ianya dilalui oleh Adam a.s.. Fenomena ini ialah kerana tabiat keimanan seseorang itu, boleh bertambah dan berkurang (Pasang Surat Iman Muslim).Fitnah tidak akan bermula dan lahir secara tiba-tiba tetapi ia akan lahir dalam bentuk tanda-tanda awal atau muqaddimah seperti wujudnya kelemahan ikhwan dalam sudut-sudut tertentu.Daripada kelemahan itu, hawa nafsu dan segala kejahatannya akan meyerang. Daripada muqaddimah ini juga akan membawa kepada penyelewengan aqidahnya. Dari muqaddimah ini juga membawa kesan kepada tingkah-lakunya sehingga membawa seseorang itu kepada perkara yang diharamkan oleh Allah. Daripadanya juga akan membawa kepada pepecahan dan kehancuran saf.Jamaah Islam juga tidak terselamat daripada perkara yang boleh mengeruhkan kejernihan dan kesatuannya. Ulamak gerakan Islam, Syeikh Ahmad al-Rasyid dalam bukunya ‘Al-Awaik’ dan ‘Khasais al-Fitan’, Ustaz Fathi Yakan dalam bukunya ‘Masalah Dakwah dan Pendakwah’ dan ‘Orang-Orang Yang Gugur Di Jalan Dakwah’ telah menulis mengenai pelbagai permasalahan dan krisis yang dihadapi setiap organisasi dalam menuju objektif yang telah ditentukan.Terdapat juga fitnah yang ringan dan dengan segera orang yang terfitnah terselamat dan sembuh. Terdapat juga fitnah yang berat meninggalkan kesan yang mendalam dan panjang kepada dakwah. Ada juga fitnah ini memberikan kebaikan kepada dakwah sehingga dakwah dapat membezakan antara yang baik dan yang buruk dan dakwah dapat membersihkan saf daripada perkara buruk. Lantaran itu membawa kepada kekuatan binaan jamaah dan menambahkan kekuatan hubungan antara anggotanya.Tetapi, kekuatan jamaah akan hilang, kritikan, tuduhan dan tajrih6 akan tersebar apabila fitnah berjangkit di dalam saf, berkembang dgn meluas sehingga berlaku lubang yang besar yang tidak mampu ditutup apabila ianya sudah terlambat. Ini akan melemahkan tenaga pendakwah dan memecahkan kesatuan hati. Ketika itu akan hilang keberkatan amal dan digantikan dengan azab dan balasan Allah terhadap jamaah dengan menghilangkan kejayaan dan tamkin yang dijanjikan oleh Allah.Namun, organisasi Islam adalah berbeza daripada organisasi-organisasi sekular. Perbezaannya merangkumi manhaj atau metodologi, merangkumi matlamat dan tujuan, merangkumi wasilah dan cara, merangkumi tabiat dan ciri-ciri, merangkumi pencetus motivasi amal dan pengorbanan dan merangkumi penggerak dan pekerjanya.Kejayaan gerakan Islam tidak boleh diukur dengan kekuatan dan jumlah bilangan anggotanya sahaja tetapi kejayaannya berdasarkan sejauhmana tersebarnya istighfar dan taubat di kalangan anggotanya. Lebih banyak ciri-ciri kebaikan ini menerajui amal islami bermakna kejayaan semakin hampir. Kejayaan gerakan Islam diukur sejauhmana ia mampu menggerakkan masyarakat ke arah pengislahan.Mereka tidak akan berjaya selagi gerakan Islam itu tidak mampu membentuk dan mentaujih diri mereka sendiri ke arah kebaikan. Pembentukan diri dan harakah bermula dengn penonjolan sifat warak dan menjauhi syubhah, kerana sifat takwa yang merangkumi sesebuah organisasi akan menjadi cahaya memandu manusia kepadanya dan membawa sokongan masyarakat kepadanya. Asas-asas kejayaan ini akan membuahkan hasil apabila duah terselamat daripada pelbagai fitnah di jalan dakwah.Adalah menjadi kewajipan kita untuk memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dalam doanya:"Ya Allah, Tuhan yang membalikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu"Berikut merupakan beberapa nas-nas berkenaan fitnah:Firman Allah swtMaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: 'Kami beriman', sedang mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut, 29:2)Firman Allah dalam hadis qudsi"Maka dengan diriku Aku bersumpah, bahawa Aku akan memberikan kepada mereka fitnah yang menjadikan orang yang baik menjadi bingung"Sabda Rasulullah saw yang bermaksud"Sesungguhnya penyakit umat dan pemusnah nikmat ini ialah golongan yang suka mengaibkan dan mencela. Mereka menunjuk-nunjukkan kepada kamu apa yang kamu suka, tetapi mereka menyembunyikan apa yang kamu benci." (Uthman bin Affan)Sabda Rasulullah saw yang bernaksud"Sesiapa yang mahu memohon perlindungan, hendaklah dia memohon perlindungan dengan Allah Taala daripada fitnah yang menyesatkan." (Abdullah bin Mas’ud)Sabda Rasulullah saw yang bermaksud"Fitnah ialah pembakar hati dan pemusnah iman. Dengannya akan ternyata siapa yang benar dan siapa yang dusta." (Ibnu al-Qayyim al-Jauziyyah)1 Ketika pertama kali menulis makalah ini, beliau berusia lima puluh tahun. Sekarang beliau sedang menghampiri usia lapan puluh tahun.2 Ketika aku sedang berjalan di kota Brussel (Belgium), berhampiran dengan tempat lintasan pejalan kaki, aku melihat seorang nenek tua dengan susahnya menyeberangi jalan itu. Dengan tubuh yang mulai membongkok dan badan yang gementar, dia berusaha sendiri menyeberangi jalanraya yang banyak kenderaan. Dia menyeberang tanpa seorang pun meresa perlu membantunya. Orang-orang disekitarnya tidak mengendahkannya, seolah-olah apa-apapun yang terjadi terhadap nenek tua itu ditanggung sendiri risikonya. Aku berjalan dalam bangunan. Aku berkata kepada kawan-kawan aku: “Marilah kita bantu dia.” Salah seorang anggota rombonganku adalah Dr. Nadim Dhibyan, dia telah menetap di Brussel lebih dari empat puluh tahun. Dr. Nadim berkata: “Tahukan anda siapa wanita itu? Dia ketika muda, adalah wanita tercantik di negeri ini, amat terkenal dan setiap penampilannya mengundang perhatian orang. Ramai lelaki yang tergila-gila kepadanya. Cukup terkenal dan cantik, sehingga ada lelaki yang tidak merasa sayang untuk mengeluarkan wang yang banyak walaupun sekadar melihat muka dan gayanya dalam pertunjukkan atau untuk menjamah tubuhnya. Tetapi sekarang, sesudah usia mudanya berlalu dan kecantikkannya menjadi layu, lelaki terasa geli pada tubuhnya untuk mengangkat, menolong dan menyeberangkannya di jalan yang sesak itu.3 Malam gelap gelita dan siang terang benderang. Allah tidak merubah gelap menjadi terang dalam masa yang singkat, tetapi dengan perlahan-lahan siang masuk ke malam tanpa manusia merasakan perubahannya.4 Allah s.w.t memberi pengajaran dengan mengirim peringatan-peringatan, agar kita dapat mengambil hikmahnya. Disebar-Nya penyakit berbahaya seperti yang kita lihat sekarang ini. Sehinggakan para penyelidik menjadi bingung untuk mengatasi permasalahan AIDS. Penyakit ini dihadapi oleh mereka yang terlibat dengan pelacuran atau homoseksual. Nanti, suatu ketika jika doktor sudah menemui ubat untuk penyembuhan penyakit itu, Allah akan mengirim penyakit yang baru, peringatan demi peringatan disampaikan kepada manusia. Sehinggalah kepada bencana yang terakhir, di mana manusia tidak lagi dapat menolak dan mencegahnya, iaitu Hari Kiamat. Di mana ketika itu, api neraka menyala, membakar setiap orang kufur dan berdosa.5 Negara-negara Skandivavia memberi kebebasan penuh kepada rakyatnya untuk melakukan seks secara terbuka. Mereka diberi kebebasan menghamburkan nafsu syahwat tanpa peraturan. Pertanyaannya sekarang: “Apakah dengan cara itu mereka dapat hidup bahagia?” mereka merupakan pemecah rekod dalam kes bunuh diri, penyakit saraf, narkotik dan ubat-ubat terlarang dan apa-apa sahaja yang mendorong mereka untuk lari dari tanggungjawab kehidupan. Pornografi telah melampaui batas-batas yang dapat diterima oleh masyarakat. Tindakan biadap terhadap wanita sudah mencapai puncaknya, sehingga memuakkan rakyat. Kaset-kaset video dijual seperti kacang goreng, tersebar ke mana-mana. Filem lucah yang melampaui batas sudah menjadi pemandangan biadap di televisyen. Masyarakat di sana sendiri sebenarnya ramai yang tidak setuju. Penonton televisyen ramai yang protes. Tetapi rupanya pemerintah belum mahu mengerti, tetap memberi ruang dan merestui.6 Kenyataan yang dikeluarkan mengenai seseorang dengan tujuan menunjukkan kelemahannya

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home